in

Rakaman Nite of Soulful Stars di Studio 1 ntv7

Jangan lepaskan peluang menonton sesi rakaman rancangan Nite of Soulful Stars. Bagi mereka yang ingin menonton secara langsung artis pujaan mereka, pihak penerbit rancangan terbabit, ntv7, mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan program berkenaan di Studio 1 ntv7, Nombor 7, Jalan Jurubina U1/18, Hicom Glenmarie Industrial Park, Shah Alam. Penonton yang ingin menyaksikan rakaman rancangan ini haruslah berpakaian kemas dan berusia 16 tahun ke atas. Sesi rakaman bermula jam 6 petang dan akan dimulakan dari 15 Mei sehingga 31 Mei depan.

Antara artis lain yang turut diundang menjayakan program Nite of Soulful Stars ialah Atilia, Noryn Aziz, Syafinaz, Dina, Faizal OIAM, Zainal Abidin, Sharifah Zarina, Ridzuan, Fazli Zainal, Khatijah Ibrahim, Fairuz Hussein, Francesca Peter, Azharina, Jay Jay, Sean Ghazi, Dayang Nurfaizah, Nikki, Yanie dan Hins.

Bagi sesi rakaman yang membabitkan Sharifah Zarina, Ridzuan dan Fazli, penyanyi berkenaan akan mempersembahkan tribute untuk Allahyarham Sudirman Arshad, manakala Khatijah, Fairuz dan Francesca pula menyanyikan irama popular era terdahulu dalam rancangan tribute 80’s Special. Tidak ketinggalan, Sean Ghazi dan Dayang akan mempersembahkan tribute untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Pihak ntv7 tidak melupakan peminat artis antarabangsa apabila mereka mengundang penyanyi terkenal Indonesia, Rossa serta penyanyi popular Hong Kong, Hins, untuk turut sama muncul dalam rancangan baru itu, yang akan mula ke udara di Saluran Ceria Anda pada 31 Mei ini.

Sesi Rakaman Nite of Soulful Stars:

15 Mei – Atilia, Noryn
16 Mei – Syafinaz (undangan: Akma, Dia Fadilla, Idayu)
17 Mei – Adibah Noor (undangan: Nizam, Lee Chin Leong, Steve), Rossa
18 Mei – Dina, Faizal
21 Mei – Zainal Abidin
22 Mei – Sharifah Zarina, Ridzuan, Fazli Zainal
23 Mei – Fairuz Hussein, Khatijah Ibrahim, Francesca Peter
24 Mei – Nora, Misha Omar
25 Mei – Jaclyn Victor (undangan: Daniel)
28 Mei – Azharina, Jay Jay
29 Mei – Sean Ghazi, Dayang Nurfaizah
30 Mei – Ning, Yanie, Nikki
1 Jun – Hins Cheung

[tags]Sesi Rakaman Nite of Soulful Stars, NTV7, Jaclyn Victor[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza | 22

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Saloma Bistro

Siti Nurhaliza 1 | 23

Foto Keluarga Bahagia Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza