in ,

Rakaman Konsert 3 Gegaran May, Lefthanded & XPDC Malam Ini

Rakaman Konsert 3 Gegaran May, Lefthanded & XPDC Malam Ini

Hari Raya ini pastinya kurang meriah tanpa sajian program-program menarik TV3 khusus untuk tontonan semua di musim perayaan. Terus mengekalkan tradisinya, tahun ini para penonton setia TV3 bakal disajikan dengan pelbagai juadah istimewa Syawal bermula dengan program muzikal: 3 GEGARAN yang menampilkan bintang Rock lagenda seperti May, Lefthanded dan XPDC. Untuk peminat band otai ini, Budiey rasa mesti ramai yang akan membanjiri studio rakaman malam ini.

Ayuh kembali menyusuri kenangan dan kegemilangan zaman Rock kapak menerusi program 3 GEGARAN yang bakal menemukan tiga kumpulan hebat ini buat julung kalinya! Pastinya para penonton akan teruja menyaksikan persembahan mereka mendendangkan lagu-lagu popular seperti “Cintamu Mekar Di Hati, Ku Di Halaman Rindu, Apa Nak Di Kata” dan banyak lagi di studio Sri Pentas 2!

Rakaman Konsert 3 Gegaran ini akan berlangsung pada 8 malam ini di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam ini.

Mus May

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Episod Kemuncak Drama Juvana Cecah 4.2 Juta Penonton

Festival Anak Muda 2011 ROCK THE YOUTH