in , ,

Rajinnya Aaisyah Jemur Baju, Comel Betul.. Pandai Che Ta Didik Anak

Zain Saidin dan Rozita Che Wan mempunyai seorang anak perempuan yang cukup cantik iaitu Aaisyah Dhia Rana, nama secantik orangnya.

Aaisyah Dhia Rana kini sudah berumur 7 tahun, nak masuk 8 tahun, dan di usia yang muda ini, ajaran serta didikan awal amat penting untuk membentuk peribadi kanak-kanak kecil itu sendiri.

Menerusi beberapa keping foto, Rozita Che Wan atau Che Ta ada menunjukkan anak kecilnya itu sedang menjemur pakaian dan baju.

Apa yang menariknya, Aaisyah dilihat memakai tudung, dan sedang menyidai pakaian. Baju disangkut di hanger dan digantug di ampaian.

Telatah dan kecomelan Aaisyah membuat kerja rumah itu, telah mendapat pujian dari orang ramai yang melihat foto berkenaan.

Antara komen yang diterima ialah memuji tindakan Che Ta yang mendidik anak kecilnya itu untuk membantu buat kerja rumah.

Ini memang penting agar bila meningkat remaja dan dewasa, anak-anak akan jadi biasa untuk buat semuanya dan ta bergantung harap kepada orang lain.

“Tahniah Che Ta, dah ajar anak jemur baju, buat kerja rumah. Rajin Aaisyah. Bagus didikan dari awal.”

Selain itu, ada yang memuji kecomelan Aaisyah yang memakai tudung dan menjemur baju.

“Comelnya anak dara ni, cantik, siap pakai tudung sidai baju pula. Untung mama dan papa dapat anak rajin.”

Dalam pada itu, ada juga perasan, Aaisyah ni dah semakin membesar dan terasa cepat betul masa itu berlalu.

“Dah nampak besar dah Aaisyah ni, sekejap je rasanya.”

Diucapkan tahniah kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin kerana mendidik anak degan baik sejak kecil. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya, dan ibu bapa kena corakkan anak kecil kerena mereka ini ibaratkan kain putih yang meenrima ajaran  dari ibu bapa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nak Cari Barangan Bakal Ibu Dan Bayi Baru Lahir, Lokasi Ini Harus Ditujui

Kumpulan Megaklinik Zahran Dinobat Sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award