in ,

Raikan Ramadan & Raya Dengan Kreatif Bersama Celcom 

Dalam usaha membantu rakyat Malaysia mengharungi pandemik COVID-19 dalam bulan Ramadan yang mulia dan Aildilfitri yang bakal menjelma, Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus memastikan pelanggannya kekal terhubung.

Tahun ini, pelanggan Celcom akan dapat menikmati pelbagai kandungan digital melalui tawaran dan perkhidmatan terkini Celcom, termasuk acara jualan atas talian melalui Facebook. Melalui keterhubungan dan teknologi, Celcom terus menyokong dan menyuntik semangat positif di kalangan rakyat Malaysia dalam krisis COVID-19 dengan kempen #StaySafe #RamadanKu (bagi Ramadan) dan #StaySafe #RayaTetapBersama (untuk Hari Raya). Celcom menggalakkan penglibatan rakyat Malaysia dalam sambutan perayaan istimewa dengan cara berlainan melalui kandungan, informasi, pakej, dan tips yang membantu untuk rakyat Malaysia dapat meraikan Hari Raya dengan berbeza dan kreatif tahun ini. 

Raikan Ramadan &Amp; Raya Dengan Kreatif Bersama Celcom

Ketika rakyat Malaysia sedang menjalankan peranan mereka dalam waktu mencabar ini, Celcom mendekati mereka dengan tips perayaan untuk pelanggan bagi memeriahkan Ramadan dan Raya kali ini. Pelanggan boleh nikmatinya melalui pautan ini atau layari www.celcom.com.my/personal/ramadan-raya-2020

  • Tips kreatif dan bermanfat untuk raikan sepenuhnya Ramadan dan Raya ini. 
  • 100,000 telefon pintar PERCUMA untuk dimiliki dengan pelan pascabayar Celcom MEGA™ 
  • Jualan istimewa melalui Facebook Live mulai Mei 2020 
  • Tawaran eksklusif prabayar di Celcom Online Shop

Mulai hari ini sehingga 31 Julai 2020, Celcom menawarkan pelanggan baru dan yang sedia ada dengan peluang untuk memiliki telefon pintar PERCUMA daripada pilihan pelbagai jenama peranti di pasaran, dengan RM0 bayaran pendahuluan.  Sebanyak 100,000 telefon pintar seperti Oppo A12, Samsung Galaxy A51, iPhone 7 Plus, Huawei Nova 5T dan banyak lagi, kini boleh dimiliki apabila pelanggan mendaftar untuk mana-mana pelan pascabayar Celcom MEGA™ Lightning (M, L & XL). 

Selain itu, pelanggan tidak perlu bimbang terlepas peluang untuk merebut pelbagai tawaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan kerana Celcom akan mendekati mereka secara digital melalui acara jualan atas talian Celcom,#CelcomSale melalui Facebook Live.  Video secara langsung di laman Facebook Celcom ini akan menawarkan lebih banyak hadiah dan ganjaran untuk pelanggan yang melakukan pembelian melalui Celcom Online Shop atau ejen media sosial Celcom. 

Raikan Ramadan &Amp; Raya Dengan Kreatif Bersama Celcom

#CelcomSale melalui Facebook Live akan dihoskan oleh selebriti tempatan dan turut menampilkan tawaran terhad sekali sahaja, seperti pakej telefon dengan diskaun sehingga 60%, baucer RM50, dan banyak lagi!  #CelcomSale yang pertama akan dihoskan oleh selebriti Saharul Ridzwan pada 1 Mei 2020, pada jam 5 petang. Ikuti lamanFacebook Celcom untuk mengetahui hos selebriti yang seterusnya dan pelbagai tawaran akan datang.  

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata Celcom sentiasa komited dalam menyokong rakyat Malaysia mengharungi tempoh mencabar ini, walaupun sambutan bulan Ramadan yang mulia dan Aidilfitri yang bakal menjelang akan disambut dengan cara berbeza. 

“Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang bertanggungjawab, kami berbangga dengan usaha rakyat Malaysia untuk satu matlamat yang sama dalam meratakan lengkungan COVID-19 dengan duduk di rumah. Dalam mereka menunaikan tanggungjawab tersebut, kami ingin memastikan semua dapat meraikan Ramadan dan Raya dengan kreatif dan unik, serta kekal berhubung setiap masa. Kami ingin memperkasa pelanggan dengan tips dan nasihat dalam menjalani kewajipan dan mengukuhkan keimanan mereka di samping terus bersama dengan orang yang mereka kasihi tanpa sebarang kebimbangan.  

“Penjarakan sosial adalah amat penting ketika ini, dan untuk memastikan pelanggan boleh terus menikmati tawaran hebat perayaan tanpa meninggalkan rumah mereka, Celcom menawarkan 100,000 telefon pintar dengan pilihan yang meluas secara PERCUMA, apabila pelanggan mendaftar dengan pelan pascabayar Celcom MEGA™ Lightning. Kami juga berbangga untuk menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang melibatkan pelanggan secara digital dalam #CelcomSale melalui Facebook Live, pada 1 Mei 2020, jam 5 petang! 

“Kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal “#StayIn as One” dan kami telah melakukan apa yang sepatutnya bagi rangkaian kami untuk memenuhi permintaan dan tabiat penggunaan yang berlainan dalam tempoh ini, dan pada musim perayaan akan datang. Ayuh jalankan peranan kita bersama, dan kepada yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan al-Mubarak, marilah kita bersama menjalani bulan mulia ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran, serta ambillah peluang ini untuk meningkatkan iman kita,” menurut Idham. 

Sebagai tambahan, Celcom turut menyediakan pelbagai tawaran untuk pelanggan pascabayar dan prabayar dalam tempoh ini: 

  • 1 Mei 2020 hingga 24 Jun 2020 – Sentiasa ikuti perkembangan terkini dengan kandungan Nak Hadiah Raya melalui kod USSD *118*9# yang meliputi akses percubaan PERCUMA 1 minggu bagi Muslim Kids TV, 3 buah lagu Ramadan atau Raya dan banyak lagi kandungan digital Raya. 
  • dan talian keluarga selama tiga bulan – rebat ditawarkan kepada pendaftaran baru Celcom MEGA™ dengan mana- mana pas; Unlimited M, Unlimited L, atau Lightning M, L, atau XL melalui Celcom Online Shop. Tawaran sah sehingga 31 Mei 2020. 
  • 1 Mei 2020 – 30 Jun 2020 – tawaran atas talian eksklusif bagi prabayar : 
  • Pek Celcom Xpax SIM kini tersedia di Celcom Online Shop
  • Nikmati pulangan tunai 10% bagi semua pas Internet sehingga 31 Disember 2020
  • Penghantaran kad SIM percuma ke rumah anda.

Celcom akan membuat banyak lagi pengumuman dalam masa terdekat ini, dan pelanggan boleh melayari laman sesawang kami di www.celcom.com.my atau laman Facebook dan Twitter Celcom bagi maklumat dan tawaran terkini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Han Sohee Married K Pop | 19

Drama Bersiri THE WORLD OF THE MARRIED Ditayangkan di iflix

Kisah Ibu Terlantar di Pusat Jagaan Orang Tua Dalam Telemovie PERMAISURI SYURGA