in , ,

Raikan Cinta Bersama MPO di Dewan Filharmonik Petronas 17 Februari Ini

Raikan cinta bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philarmonic Orchestra, MPO) dalam sebuah konsert istimewa pada Sabtu, 17 Februari 2024 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

MPO, di bawah pimpinan Konduktor Residen Gerard Salonga, akan mempersonakan penonton menerusi seleksi lagu-lagu cinta malar segar yang diberi sentuhan orkestra seperti Love Story (Where Do I Begin), Last Night, (They Long To Be) Close To You, Somewhere Out There, Love Changes Everything, If We Were In Love, Cinema Paradiso dan Love Me Tender, disertakan dengan beberapa lagu hits dari muzikal Broadway popular seperti Wicked, Funny Girl, Les Misérables dan Phantom of the Opera

IMG_1335gerard

Konsert ini akan diserikan dengan penyanyi-penyanyi undangan seperti Sean Ghazi, Ida Mariana, Nikki Palikat dan Izen Kong yang akan berkolaborasi dengan MPO.

Sean Ghazi

Sean pernah memegang watak utama dalam teater muzikal di pentas West End di London melalui teater Miss Saigon, Rent dan The King & I. Penerima anugerah Cameronian Arts, beliau pernah memenangi Anugerah Industri Muzik untuk album perdana beliau bertajuk Semalam pada tahun 2007. Beliau juga pernah terlibat dalam pementasan P Ramlee The Musical di Istana Budaya dan La Cage Aux Folles di Singapura. Antara filem yang beliau bintangi termasuk Anna & The King dan Spilt Gravy On Rice. Beliau juga adalah pengasas dan penyanyi utama kumpulan TARAKUCHA!. 

Ida Mariana ialah penyanyi kumpulan TARAKUCHA! dan digelar ‘Queen of Kebaya Jazz’, sebuah genre yang diasaskan 12 tahun yang lalu. Beliau juga fasih menyanyi dalam pelbagai bahasa dan diingati melalui penampilan yang berkesan dalam teater Puteri Gunung Ledang The Musical

Nikki Palikat 1

Dikenali dengan vokal yang lantang, Nikki Palikat telah memasuki pertandingan nyanyian   popular seperti Malaysian Idol dan Gegar Vaganza. Beliau pernah melahirkan album-album yang diterima baik seperti Maharani (2005) dan Hawa (2008), dan telah memenangi anugerah di Anugerah Planet Muzik and Anugerah Era. Di pentas teater, beliau terlibat dalam pementasan Cabaret (2015) dan Euphrasia The Musical (2019). 

IDA 1-min

Izen Kong telah terlibat dalam banyak produksi tempatan termasuk The Legends dan Larger Than Life produksi Dama Asia, Aladdin – A Musical Comedy Reloaded dan Cabaret. Beliau pernah membuat persembahan bersama MPO dalam konsert bertemakan The Best of Rodgers & Hammerstein, Opera In The Park produksi Singapore Lyric Opera dan That’s Entertainment terbitan PAN Productions.  

Nikmati keraian cinta yang indah bersama muzik unggul MPO bersama penampilan artis-artis undangan, hanya di DFP!

Maklumat Konsert 

Tarikh

Sabtu, 17 Februari 2024 jam 8.30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS

Orkestra / Konduktor / Vokal

Orkestra Filharmonik Malaysia  

Gerard Salonga konduktor

Sean Ghazi vokal

Ida Mariana vokal

Nikki Palikat vokal

Izen Kong vokal

Harga Tiket 

Premium: RM398, A Reserve: RM338, B Reserve: RM258, C Reserve: RM218

Suite: RM448/RM488 seorang 

Waktu Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)

Tempahan Telefon: 03-23317007 Tempahan Email: [email protected]
Laman Web MPO: www.mpo.com.my

Facebook & Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra
YouTube
: MPO TV, Spotify: MPO, TikTok: @malaysianphilharmonic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BMW Group Malaysia Pembekal Kereta Elektrik Paling Mewah di Malaysia

Harith Iskander

Harith Iskander & The Hope Branch Bergabung Bantu Mangsa Banjir di Kelantan