in

Rahsia Badan Kurus & Kulit Cerah dengan GlowShape

Selepas kahwin, berat badan Budiey naik mendadak. Bukan berat Budiey sahaja, malah berat badan isteri Budiey juga semakin mengembang. Tak tahulah berpunca dari apa. Sebabnya, kami makan tak lah banyak. Mungkin jugak kami kurang bersenam dan bergerak ke sana sini.

Berat Budiey yang dulunya 70 kg sekarang menjadi 82 kg… ini satu masalah yang besar. Ini tak boleh jadi ni.

Budiey

[dropcap]S[/dropcap]udah banyak produk pelangsingan telah kami guna, macam-macam ubat langsing dah Budiey telah, tapi semua usaha itu tak menjadi. Sedih gak. Tapi beberapa bulan lalu, ada seorang kawan telah menghadiahkan kepada Budiey produk GlowShape dari SecretBeauty sempena dengan hari jadi Budiey yang ke-37 tahun. Dah tua dah, jadi nak kena ada produk yang berkesan untuk menjadikan kulit jadi seperti remaja. Boleh ke tidoooook?

Glowshape

Menurut kawan Budiey, produk ini sesuai untuk Budiey yang kuat bekerja siang malam takde masa nak bersenam dan metabolisme badan Budiey yang rendah. Makan sikit pun boleh gemuk apatah lagi makan banyak, jadi gemuk gedempul la kan?

Mulanya berat gak nak pakai GlowShape ni sebab biasanya produk macam ni, kaum hawa je yang obses nak pakai dan mereka ternyata desperate nak kurus dan mahukan kulit yang cantik. Tapi Budiey belasah je sebab sebenarnya produk ini juga sesuai untuk lelaki.

Budiey pun tak tahu la kalau korang pernah dengan produk ni. Tak pe, kalau tak pernah dengar, Budiey akan perkenalkan dengan lebih lanjut dalam entri ini.

Produk GlowShape dari SecretBeauty ini sebenarnya adalah seperti body lotion. Tapi fungsinya ia bukan sekadar dapat menguruskan badan kita malah ia mampu memutihkan kulit kita dan menjadikan ia gebu seperti bayi. Kiranya jika kulit kita itu gelap dan kusam, dengan memakai krim ini, kulit akan menjadi cerah.

Betul Ke GlowShape Boleh Mengurangkan Parut?

Glowshape

Ini bermakna lotion produk GlowShape keluaran dari SecretBeauty ini ada banyak fungsi serentak iaitu menghapuskan lemak yang degil, mencerahkan dan menggebukan kulit dengan NanoGlow, mengurangkan masalah jerawat, membuang toksin melalui pembuangan air besar dan angin, mengurangkah parut dan pigmentasi pada kulit, melembapkan kulit yang kering, membantu memperbaiki tisu kulit yang rosak, mengurangkan masalah selulit, melindungi kulit dari sinaran UV dan memutihkan kulit.

Haa, korang kiralah sendiri berapa fungsi sebenar lotion dari GlowShape dari SecretBeauty ni. Kira-kira semuanya dalam 10 fungsi. Kiranya 10 in 1 la. Jadi, hasilnya di sini ianya menjimatkan wang saku Budiey sebab tak payah lagi nak beli lotion untuk kasi kulit jadi putih gebu, tak gitu?

Apabila lemak dan melekat kat dalam badan ni, memang susah nak buang balik. Nak sedut lemak, mahal pulak Budiey kena bayar. Jadi, jalan paling mudah adalah mencuba produk GlowShape dari SecretBeauty. Sudah 2 bulan, Budiey telah mencuba produk ternyata, produk ini dapat mengurangkan berat badan tanpa Budiey menjalani senaman yang insentif. Kulit Budiey pun dah jadi gebu.

Glowshape

Testimonial Produk GlowShape keluaran dari SecretBeauty

Jika anda cuba sapukan produk ini pada kulit anda, pastinya anda akan dapat rasakan losen ini tak berminyak langsung dan ia cepat menyerap menembusi sehingga ke lapisan dalam kulit dan kekal sehingga 12 jam! Ianya kaya dengan antioksiden untuk kesihatan kulit yang menyeluruh.

Bahan-bahan yang terkandung dalam produk ini adalah dijamin selamat dan halal. Anda semua tak perlu risau ya. Antara bahan-bahannya ialah SPF25, Pure Stem Cell, L-glutathione, vitamin E, Pure Marine Collagen dan Oreochromis Collagen. Produk ini telah mendapat kelulusan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Kesan yang ketara dapat dilihat selepas Budiey dan isteri pakai produk ini dalam masa 7-14 hari sahaja. Haa, jangan tak percaya. Anda cubalah sendiri dan alami kesannya!

Semasa menggunakan lotion ini selepas mandi, Budiey dapat rasakan ianya sangat selesa pada kulit dan baunya sangat harum seperti daun mint. Lepas beberapa minggu guna, kulit dah nampak lebih tegang, lebih cerah dan lebih gebu dari sebelum ini.

Tidak seperti lotion yang ada kat pasaran tu, lotion GlowShape ni pekat dan tak likat, jadi ia tak melekit sebab ia cepat meresap dalam kulit. Ia menjadikan kulit kita sentiasa lembap dan sedap disentuh. Gebu you!

Budiey guna produk ni, satu botol GlowShape tu boleh tahan sampai 2 hingga 3 bulan. Bergantung kepada kuantiti dan kekerapan yang kita gunalah. Mungkin bagi yang berbadan besar tu, akan guna lebih sikit sebab kapasiti kulit tu luas kan?

Glowshape

Apa Kelebihan Secret Beauty Glowshape Berbanding Losyen Pelangsingan Lain?

1. Glowshape mengandungi L-Glutathione
– Glowshape melakukan DETOX seluruh kulit badan di mana ia boleh memecahkan warna pigmen gelap/tompok2 hitam di atas kulit supaya ianya lebih sekata kapada warna asal kulit.
– Berperanan membekalkan nutrisi kepada kulit bagi menghalus, mencerah, juga menyerikan kulit dengan formula pemutihan dan pelembapan serta merta.

2. Glowshape berpelindungan UV SPF25
– Memelihara dan melindungi kulit dari sinar terik matahari dengan perlindungan SPF25. Ia membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam, gelap dan tona tidak sekata. Dengan SPF25 ia membantu mengurangi tanda2 penuaan awal pada kulit seperti pigmentasi, tompok2 gelap dan kedutan halus.

3. Glowshape diformulasi dengan Pure Stem Cell
– Sel stem epal berkesan dalam menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit.
– Agen antipenuaan yang sangat berkesan dan membantu meremajakan semula kulit anda dari hari ke hari. Ia membantu memperbaiki dan memperbaharui sel, mengurangi kedutan halus, melembabkan lapisan kulit, menghilangkan parut, memulihkan kulit dari kesan pengelupasan, meratakan tona kulit, menghilangkan bekas jerawat, menganjal serta mencerahkan kulit.

4. Glowshape mengandungi Pure Marine Collagen
– Protein yang menghubung dan menyokong pertumbuhan dan kekuatan tisu kulit. Selain membantu proses pembakaran lemak dan melangsingkan badan, dalam masa yang sama juga ia turut memperbaiki tekstur kulit agar lebih tegang/anjal, lembut, halus/licin serta mengurangkan kedutan kulit agar kulit tampil lebih muda dan berseri.

5. Glowshape memiliki ekstrak haruman antarabangsa dari France
– Aroma nya yang sungguh segar dan lembut mewangikan seluruh badan, menenang dan mendamaikan setiap pemakainya walau pun ketika tidur. Menyapu losyen Glowshape tidak memerlukan anda menyembur minyak wangi lain lagi sepanjang hari!

Budiey difahamkan, produk GlowShape ini boleh digunakan oleh semua orang. Tak kiralah lelaki atau perempuan, tua atau muda. Jadi, jangan pulak segan nak cuba, okay?

Kepada anda yang senasib dengan Budiey yang mana perut dah maju ke depan, apa kata mulakan langkah positif anda dengan menggunakan produk ini. Insyaallah, kita hanya berusaha dan merancang tapi semuanya ditentukan oleh Tuhan.

Jika anda ingin mendapatkan Produk GlowShape dari SecretBeauty ni, sekarang dah ada kat Malaysia. Malah ianya popular di negara Singapura, Brunei dan Indonesia. Dengarnya, produk ini dah jadi fenomena di Malaysia dan tak hairan yang memperkatakan tentang kehebatan produk ini. Setiap hari, semakin ramai yang guna GlowShape. Dikatakan 90% wanita Asia telah menggunakannya.

Harga satu botol GlowShape 200ml ialah RM80 (w/m) / RM85 (e/m) / $35 (sgd) $39 (bnd).

Budiey nak sarankan kepada pembaca sekalian yang mahu membeli apa kata dapatkan info lanjut di website rasmi SecretBeauty http://www.secretbeauty.com.my atau pun Facebook https://www.facebook.com/secretbeautymalaysia

Kepada anda yang kat luar sana nak beli produk ini secara online pun boleh. Layari je: http://secretbeauty.com.my/store/glowshape

Video Testimonial: http://youtu.be/0e8h0zfvP6g

Glowshape

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terbang ke Singapura dari RM 49 sehala dengan AirAsia

Telemovie & Dokumentari Sempena Hari Malaysia