in , ,

Radin Era Rancang Bertunang Dengan Pramugari Tahun Ini

Semakin terbuka berkongsikan kisah cintanya dengan seorang pramugari yang dikenali sebagai Azlina Idris, penyampai radio Era, Radin Amir Affendy, 30, berkata dia ada rancangan untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

Menurut Radin, dia berkemungkinan besar akan mengadakan majlis merisik dan bertunang terlebih dahulu pada tahun ini mengikut seperti mana yang telah dirancangkannya.

“Perancangan untuk mendirikan rumah tangga itu ada cuma tiada sebarang tarikh yang spesifik lagi sebab kami berdua sibuk dengan kerjaya masing-masing. Macam saya sibuk dalam bidang pengacaraan dan dj radio manakala dia pula sibuk dengan kerjanya sebagai pramugari.

“Untuk majlis merisik dan pertunangan itu, InsyaAllah saya akan mulakan tahun ini. Andai kata jodoh itu dicepatkan dalam tahun ini juga, Alhamdulillah,”

– Radin

Radin ditemui pada majlis pelancaran kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di Putrajaya baru-baru ini.

Mula berkenalan rapat sejak dua tahun lalu, Radin berkata hubungan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya dah bawa dia jumpa keluarga saya, Alhamdulillah keluarga terima dan merestui hubungan kami. Saya pun dah jumpa dengan keluarga dia dan kedua-dua belah pihak tiada sebarang halangan.

“Nak kata ini jodoh pun tak tahu lagi sebab kami belum disatukan lagi tapi apa yang saya ada sekarang adalah yang terbaik untuk diri saya,”

– Radin

Menjalani hubungan jarak jauh bukanlah suatu perkara yang sukar buat Radin dan teman wanitanya yang berkhidmat sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan di Timur Tengah. Menurutnya, walaupun saling berjauhan namun mereka tetap sering berkomunikasi pada setiap hari.

“Bagi saya tiada masalah untuk bercinta jarak jauh kerana masing-masing sibuk dengan tugas. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Cumanya susah nak berjumpa sahajalah.

“Kami akan berhubung melalui Face Time, panggilan video serta mengemaskini aktiviti masing-masing di laman Instagram,”

– Radin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO’s Brand New Comedy Series Run Debuts 13 April

Kronologi Sajat Bertelekung di Mekah