in , ,

LoveLove CuteCute SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Siapa RACUN HATI Ara Johari?

Selepas ‘Bunga’ Ara Cuba ‘Racuni hati’ sendiri

Selepas berjaya meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-33 Februari lalu, bintang berbakat besar Ara Johari kembali dengan sebuah lagi lagu balada Rock berjudul ‘Racun Hati’. Bersesuaian dengan suara Ara, lagu ini menceritakan tentang seseorang yang kehilangan pasangan sehingga sanggup ‘meracuni hatinya’ dengan ‘membunuh rasa sayang’ terhadap orang baru yang lain kerana terlalu mencintai pasangannya yang telah pergi.

racuni hati ara

Digubah oleh Amy Bong dan disulami lirik nukilan Ziin serta Amy Bong sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu-lagu Ara sebelum ini.

Ara yang memang dikenali dengan lagu berentak balada rock mempunyai himpunan peminatnya sendiri yang senantiasa ternati-nanti buah tangan terbaru darinya.

Lagu ‘Racun Hati’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Racun Hati’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.  

Ara Johari Racuni Hati

After ‘Bunga’ Ara Johari Returns with ‘Racun Hati’ 

After winning second place at the 33rd instalment of the prestigious Anugerah Juara Lagu last February, talented young star Ara Johari returns with another rock ballad entitled  ‘Racun Hati’. Tailored for her amazing vocals, the sad love song tells the tale of someone who cannot move on from a deceased lover and has decided to prevent any possibility of future love to blossom.

Composed by Amy Bong with lyrics by Ziin and Amy Bong as well, the song is expected to repeat the same success produced by Ara’s previous hits.

Ara who is synonymous with rock ballads has her own legion of fans and followers who constantly wait for her latest offerings.

‘Racun Hati’ can be downloaded on iTunes and be made as a caller ringtone on all local telcos. It can also be heard and streamed online through digital platforms such as Raku, Spotify, Joox and Apple Music. The music video for ‘Racun Hati’ is also available at Rocketfuel Network’s Youtube channel.

Tajuk Lagu : RACUN HATI 

Composer: AMY BONG / ZIIN

Lyricist : AMY BONG

Mixing : KOH

Mastering : CL TOH

Publisher: ROCKETFUEL ENTERTAINMENT 

ANGIN YANG BERLARI 

RASA TAKKAN BERGANTI

BINGUNG DENGAN AMARAH DAN KASIH

MUSNAH SEGALA YANG TERSIMPAN DIHATI

HILANG TAK LAGI BERTEMAN KASIH

DALAM HATI DAN NAFASKU

JUJUR HATIKU MERINDUIMU

SEPARUH NAFASKU SERAH PADAMU

LENGKAPILAH HIDUP KU BERSAMA MU

KERNA KU YAKIN KAU KAN SETIA

MENEMANI KU SELAMANYA

SEPENUH KASIH KUSERAH PADAMU

TAK LENA TERPEJAM TANPA DIRIMU

RINTIHAN HASRATKU SAKIT TERASA

MERACUN HATI DAN PERASAAN INI

*Guitar Solo

DALAM HATI DAN NAFASKU

JUJUR HATIKU MERINDUIMU

SEPARUH NAFASKU SERAH PADAMU

LENGKAPILAH HIDUP KU BERSAMA MU

KERNA KU YAKIN KAU KAN SETIA

MENEMANI KU SELAMANYA

SEPARUH NAFASKU SERAH PADAMU

LENGKAPILAH HIDUP KU BERSAMA MU

KERNA KU YAKIN KAU KAN SETIA

MENEMANI KU SELAMANYA

SEPENUH KASIH KUSERAH PADAMU

TAK LENA TERPEJAM TANPA DIRIMU

RINTIHAN HASRATKU SAKIT TERASA

MERACUN HATI DAN PERASAAN INI

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Malam Penuh Pesona di KONSERT THE SINGING PIZZA

Nabila Razali Mangsa Dendam Shukri Yahaya dalam PESAN PADA HATI