in , ,

OMG!OMG! HAHAHA!HAHAHA! LoveLove CuteCute SEDIHSEDIH WinWin

Betul Ke Putra Amaris Tidak Lagi Bertegur Sapa dengan Jutawan Datuk Seri Vida?

Pelakon Putra Amaris terkejut apabila usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengeluarkan kenyataan mereka tidak bertegur ketika bertemu dalam satu acara jualan raya, baru-baru ini.

Sebelum ini ibu kepada Cik B itu mendedahkan pelakon Putra Amaris sudah tidak lagi bekerja dengan syarikatnya sejak Disember 2019. Beliau juga turut menyangkal dakwaan bahawa pelakon tersebut sudah kembali bekerja dengannya.

Amaris
Betul Ke Putra Amaris Tidak Lagi Bertegur Sapa dengan Jutawan Datuk Seri Vida?

Amaris atau nama sebenar Muhammad Amran Ismail, 33, berkata dia ada menyapa bekas majikannya itu dan tidak pernah bermasam muka dengan jutawan tersebut.

“Ya, kami ada terserempak dalam satu program dan bertegur seperti biasa, tak ada bermasam muka pun! cuma saya pelik kenapa dia cakap kami tak bertegur.

“Rasanya tak perlu dia keluar kenyataan begitu kerana ia hanya akan memburukkan nama saya, seolah-olah saya tak kenang jasa dan bersikap kurang ajar,”

– Putra Amaris

Sebelum ini, Amaris dilaporkan kembali menjalinkan hubungan dan bekerja semula dengan jutawan kosmetik berasal dari Kelantan itu. Tapi dinafikan semula oleh jutawan kosmetik berkenaan.

“Saya sebolehnya tak nak bermusuh dengan sesiapa dan mahu berkawan dengan semua orang tapi kalau dia cakap macam itu, terpulanglah!,”

– Putra Amaris

Vida bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu mereka tiada sebarang urusan dan tidak mungkin akan berbaik semula.

“Nampak macam saya pula terhegeh-hegeh nak kerja dan berbaik dengan dia lagi!”

– Putra Amaris

Menjelaskan konflik yang berlaku, Amaris berkata perkongsiannya sebelum ini adalah kisah lama dan dia kini sibuk menguruskan perniagaan sendiri.

Amaris
Amaris kini sibuk mengusahakan perniagaan kuih tat.

“Bila masa pula saya kerja dengan dia semula, saya dah ada bisnes sendiri buat apa nak kerja dengan dia. Nampak macam saya pula terhegeh-hegeh nak kerja dan berbaik dengan dia lagi.

“Saya cuma tak menolak mungkin satu hari nanti kita akan ada urusan membabitkan bisnes… itu sahaja!,”

– Putra Amaris

Amaris kini sibuk menguruskan perniagaan kuih tat diberi nama Amaris My Tart. Semoga sukses Amaris dengan dunia perniagaan.

Sumber: Instagram & Mstar Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Janna Nick

Betul Ke Janna Nick Artis Paling Mahal?

Powerbeats Pro Kini Sedia Ditempah oleh Pengguna dari 20 Negara