in , ,

Puteri Sarah Kesal Difitnah Nafi Dakwaan Akan Kahwin Dengan Andi Arsyil

Pelakon Puteri Sarah mengakui kesal susulan tular dakwaan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Indonesia Andi Arsyil.

Puteri Sarah berkata dakwaan itu hanya fitnah semata-mata serta menjelaskan hubungannya dengan Andi hanya rakan perniagaan dan tidak lebih daripada itu.

“Mana ada saya nak kahwin dalam masa terdekat? Saya pula tak tahu diri sendiri akan kahwin. Hubungan saya dengan Andi buat masa ini memang hanya sebagai rakan perniagaan yang kami usahakan bersama iaitu menjual produk penjagaan wajah dan tudung. Tidak lebih daripada itu pun.
“Saya tak suka bila ada orang yang keluarkan kenyataan sebegitu kerana boleh mendatangkan fitnah. Kalau Andi tahu, dia pun mungkin tak suka,”

– Puteri Sarah

Sementara itu, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan kebahagiaannya namun dia masih belum sedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, fokus saya hanya pada membesarkan anak-anak dan bisnes yang baru sahaja bermula. Jadi, tiada sebarang perancangan berkahwin buat masa ini seperti yang didakwa segelintir pihak. Belum tiba masanya lagi.
“Azam saya untuk tahun 2024 ini ialah mengelak daripada terpalit daripada sebarang kontroversi harap terjadilah begitu,”

– Puteri Sarah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BAKI ZAINAL

Baki Zainal Dilantik Jadi Duta CSR Jenama Isi Rumah Tempatan Eco-Shop

TRAVEL

Sukan Siaran Langsung Mampu Menyumbang Kepada Pertumbuhan F&B