in

Puteri Aishah Terpotong Jari Kelingking Gara-Gara Terhiris Semasa Potong Buah

Pelakon filem Pulang, Puteri Aishah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta berikutan kecederaan pada bahagian jari kelingking tangan kiri akibat kemalangan.

Mengesahkan kejadian itu, pengurus Puteri Aishah, Iman Tang memaklumkan jari kelingking artis jagaannya itu terkoyak selepas terkena hirisan pisau pada kejadian yang berlaku, petang tadi.

JARI Puteri Aishah

“Ketika kejadian, Puteri mahu memotong buah. Mungkin disebabkan buah terlalu keras dan pisau pula licin, lantas menghiris jari kelingking sebelah kiri hingga terkoyak dan mengalirkan banyak darah.

“Dengan dibantu seorang teman, Puteri kemudiannya di bawa ke sebuah hospital swasta di Ampang untuk mendapatkan rawatan. Mengikut laporan doktor, kecederaan di jarinya agak serius. Untuk mengelakkan kesan jangka panjang, Puteri perlu menjalani pembedahan segera,”

– Puteri Aishah

Iman berkata, Puteri kini berada dalam keadaan stabil dan meminta peminat mendoakan kesejahteraannya agar segera sembuh.

“Saya masih belum berkesempatan bertemu dengannya kerana ada urusan ketika kejadian berlaku. Lagipun, waktu melawat sudah tamat. Keadaannya stabil mungkin disebabkan doktor memberi ubat tahan sakit ketika di bilik kecemasan.

“Insya-Allah, esok saya akan melawat Puteri Aishah dan akan maklumkan perkembangan terkini. Mujur, dia baru selesai menjalani penggambaran. Kalau tidak, susah juga. Kepada peminat Puteri, sama-samalah mendoakan supaya dia segera sembuh,” ujarnya.

– Puteri Aishah

*Sumber: BH Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sebak Terpaksa Tunda Majis Nikah, Isa Khan Menangis Depan Ibu Risteena

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?