in , ,

Puteri Aishah Menggeletar Satu Badan Dapat Tahu Dirinya Negatif Covid-19

Pelakon, Puteri Aishah menggeletar satu badan apabila ujian mengesahkannya bebas wabak COVID-19 selepas hampir dua minggu dirawat dan dikuarantin di Hospital Sungai Buluh (HSB).

Bintang filem Pulang itu berkongsi berita gembira menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram (IG) pada petang tadi. Dia tidak mampu menyembunyikan perasaan syukur menerusi reaksi wajah ketika merakam video berkenaan.

“Allahuakbar. Apabila jururawat bernama Kak Zue cakap keputusan negatif terus menggeletar satu badan.

“Rasa syukur dan gembira sangat. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Ya Allah,” kongsinya.

Selepas 11 hari dimasukkan ke HSB, Puteri lega dengan keputusan yang dinantikan sekian lama.

“Saya menjalani ujian buat kali kedua, kira-kira jam 12 tengah hari ini. Tak lama kemudian, jururawat beritahu saya negatif.

“Doktor juga mengesahkan saya bebas COVID-19. Saya berjaya lawan virus bahaya ini,” kongsinya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peminat Peluk Islam Selepas dengar Lagu Aisyah Isteri Rasulullah, Ini Komen Siti Nurhaliza

‘Angelina Jolie’ Disahkan Positif Wabak Covid-19 Ketika dalam Tahanan