in , ,

Puteri Aishah Berdebar Menunggu Jawapan Esok, Doakan Semoga Negatif Covid-19

Esok, 18 April 2020 adalah tarikh yang mendebarkan bagi pelakon Puteri Aishah. Sama-sama kita doakan Puteri Aishah sembuh sepenuhnya dari wabak penyakit Covid-19.

Pelakon Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19 minggu lalu sebaik pulang menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu ada berkongsi pengalamannya saat melakukan ujian saringan berkenaan secara pandu lalu.

Video yang dikongsikan bintang filem Pulang ini nyata mendapat perhatian para peminat dan rakan artis.

“Ni masa first swab test. Result positive.. esok second swab test.

“Harap2 negative.Aamin #icanfightthis  P.s: I was nervous the whole time,”

– Puteri Aishah

Puteri Aishah kini menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Serentak dengan perkongsian itu, ramai yang turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan buatnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura 2020 | 21

Tahniah! Fazura Hamil Empat Bulan, Akui Tidak Alami Alahan

Tony Fernandes Airasia-2020

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Domestik Mulai 29 April Ini