in , ,

Puteri Aishah Berjuang Pertahankan Dalam Drama Bersiri DEMI

Mengangkat tema perjuangan seorang wanita bergelar isteri dan ibu dalam mempertahankan agama dan akidah Islam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan drama adaptasi novel terbaharu bertajuk “Demi” yang bersiaran menerusi saluran TV Okey mulai 10 Ogos lalu, setiap Selasa hingga Jumaat, pukul 9.00 malam.

Drama 26 episod yang diinspirasikan daripada novel ‘Demi’ karya Rina Azdi ini merupakan sebuah kisah benar yang diterbitkan oleh syarikat produksi Elisa Vision Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Rahila Ali.

Menampilkan pelakon Puteri Aishah sebagai watak utama Suraya yang berperang dengan emosi turun naik berdepan masalah dengan suami dan orang disekelilingnya, drama yang menjalani penggambaran di Scotland ini turut sama menghadirkan watak utama lakonan Ashraf Muslim dan Keith Foo.

Ia berkisarkan tentang kehidupan wanita bernama Suraya yang penuh pahit getir, ketulusan, kecekalan, pengorbanan, perjuangan dan cinta demi kebahagiaan dirinya. Tanpa sengaja Suraya bertemu Dr. Fairul di bumi Scotland dan mereka lalu berkahwin atas dasar cinta.

Puteri Aishah Berjuang Pertahankan Dalam Drama Bersiri Demi

Mereka menjalani kehidupan yang bahagia dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Nadia. Seluruh kasih sayang pasangan suami isteri ini dicurahkan kepada Nadia tanpa berbelah bahagi.

Namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila Dr. Fairul mula berubah hati dan sikap. Perwatakannya bertukar menjadi seorang yang panas baran dan sukar dijangka. Lebih memilukan hati Suraya sebagai isteri bila mana suaminya itu juga mula menyimpang jauh dari ajaran agaman Islam.

Situasi itu membuatkan Suraya dan Nadia terseksa dan mula memikirkan yang terbaik untuk diri dan anaknya. Apatahlagi akidah anak mereka yang masih kecil mudah berubah bila melihatkan contoh yang tidak baik setiap hari terhidang di depan mata.

Suraya nekad melarikan diri dari bumi Scotland ke Malaysia. Meskipun perasaan sayang kepada suaminya masih menebal namun dia perlu bertindak sewajarnya. Dia menyerahkan jodohnya dengan Dr. Fairul kepada Allah semata-mata. 

Puteri Aishah Berjuang Pertahankan Dalam Drama Bersiri Demi

Di Malaysia, Suraya bertemu dengan Arman, yang sudah mencintai Suraya sejak sekian lama. Namun segalanya tidak disedari oleh Suraya. Mampukah Suraya menemui kebahagiaan untuk dia dan anaknya?  

Drama ini turut menampilkan pelakon Ika Nabila, Puteri Rayyana Rayqa, Dato’ Jalaluddin Hassan, Safura Yaacob, Riz Amin, Hasnul Rahmat, dan Safwan Nazri.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ifa Raziah | 15

“Saya Bergelek Lepas Majlis Akikah, Dibayar Puluh Ribu” – Ifa Raziah

Joaquin Phenix Joker | 16

Filem Sekuel Joker Akan Mempunyai Bajet Melebihi RM666 Juta