in

Putera William & Kate Middleton di The Breakfast Show NTV7

Segmen istimewa dalam siri temubual pagi di ntv7 bersempena kehadiran Will & Kate

Saat Putera William dan Kate Middleton disatukan adalah bukan sekadar sebuah perkahwinan yang dianggap kisah dongeng romantic yang telah menjadi nyata namun sebenarnya telah meledakkan sebuah fenomena di serta dunia apabila jumlah yang menontonnya di kaca TV mencecah 2 billion orang.

Pasangan itu juga mempunyai pengikut yang kuat di Malaysia apabila seramai 2.3 juta rakyat negara ini terpaku menyaksikan peristiwa bersejarah itu ketika perkahwinan gilang-gemilang itu disiarkan di ntv7 tahun lalu. Denagn pengaruh yang begitu kuat tidak hairanlah jika lawatan mereka ke negara ini dari 13 – 15 September nanti telah menjadi hebahan orang ramai.

Atas alasan itu, ntv7 bakal turut serta memenuhi kehendak penonton dengan menyiarkan segmen istimewa di rancangan temubual The Breakfast Show dan Bella untuk meraikan pasangan romantis itu yang bakal tiba bermula 9 September ini.

Pelbagai sudut perspektif berkaitan The Duke dan Duchess of Cambridge termasuklah evolusi fesyen Kate Middleton, kisah cinta luar biasa pasangan ini serta sumbangan mereka terhadap masyarakat, soalan trivia, fakta menarik serta rentetan perkahwinan mereka akan dibincangkan di dalam rancangan temubual The Breakfast Show dan Bella. Pasukan produksi yang menghasilkan segmen ini juga akan memberi pandangan dari sudut mata tempatan melalui ulasan dan soal jawab bersama orang ramai.

Selain pengisian menarik in, para penonton juga dialu-alukan untuk memberi pesanan mereka kepada Will & Kate melaui video di laman Facebook The Breakfast Show dan Bella di facebook.com/ntv7tbs ATAU facebook.com/Bellantv7. Video terpilih akan disiarkan secara langsung melaui rancangan temubual pagi tersebut sepanjang lawatan 3-hari pasangan diraja itu ke Malaysia. Semuanya hanya boleh didapati eksklusif di ntv7, Saluran Ceria Anda.

Will & Kate - The Malaysian Tour (logo)

THE BREAKFAST SHOW (Setiap Isnin – Jumaat, 8 pagi)

10 September, Isnin (Monarki Britain & Keluarga Middleton)
The Breakfast Show akan mengupas institusi Monarki Britain dan gaya hidup menarik keluarga diraja. Laporan ini juga akan menumpukan terhadap keluarga Middleton tentang bagaimana rakyat biasa mampu menjadi sebahagian golongan elit di dalam keluarga orang Britain.

11 September, Selasa (Prince William)
Kisah kehidupan Putera William akan dideahkan melalui laporan istimewa mengenai kehidupan sosialnya serta hubungannya sebelum ini. Rancangan ini juga akan berkongsi tentang Zaman kanak-kanaknya yang menjadi anak emas Puteri Diana serta usaha beliau dalam meneruskan usaha murni ibunya dalam memberi sumbangan kepada dunia.

12 September, Rabu (Kate Middleton)
Kehidupan Kate berubah tatkala keluarganya mengambil keputusan untuk menjadi sebahagaian keluarga daripada golongan elit di England. Ulasan kali ini juga merangkumi peranan Kate sebagai ikon fesyen serta evolusi fesyen yang dibawanya kepada dunia.

13 September, Khamis (Pertunangan Diraja dan Persediaan Perkahwinan)
Laporan ini akan berkongsi bingkisan di saat pasangan Diraja ini di majlis pertunangan serta persediaan mereka di hari perkahwinan. Ini termasuklah pengumuman yang dibuat serta pakaian yang dipakai Kate ketika hari tersebut yang telah membuka mata dunia serta menjenamakan dirinya. Berita menarik menegenai cincin perkahwinan milik Puteri Diana ketika bersama Putera Charles juga pastinya menarik minat penonton di rumah.

14 September, Jumaat (Kini dan Selamanya)
Apa yang bakal dibangkitkan kali ini adalah pandangan orang ramai mengenai Kate dan keluarganya. Pengisiannya juga melibatkan badan amal yang disertai mereka. Ini juga termasuklah alasan mereka memilih Malaysia dan beberapa negara terpilih sahaja sebagai destinasi lawatan mereka.

17 September, Isnin (Liputan selepas Jelajah Malaysia – Will & Kate)
Laporan seterusnya ini akan meninjau sepanjang lawatan tiga hari pasangan diraja itu.

BELLA (Ahad, 1.30 – 2.30 petang DAN Isnin hingga Khamis, 11 pagi – 12 tengah hari)

9 September, Ahad (Bella Weekend)
Rancangan temubual wanita Bella akan mengupas sdalam-dalamnya tentang kehidupan Will & Kate serta menimbas kembali perkahwinan indah mereka serta kesan kehadiran mereka di dalam industri fesyen dan cara hidup secara ringkas serta persediaan Malaysia dalam menyambut mereka.

10 September, Isnin (Bella Confidential)
Rancangan ini kan membandingkan persamaan dan perbezaan di antara mendiang Puteri Diana dan Kate dari segi penerimaan masyarakat terhadap diri mereka, perwatakan serta pandangan kerabat raja dan masyarakat ke atas diri mereka.

11 September, Selasa (Bella Society)
Ketahui sumbangan Will & Kate serta impak mereka terhadap masyarakat melalui laporan istimewa ini. Daripada kerja amal serta pemilihan fesyen sehingga gaya hidup mereka akan difokuskan di dalam Bella.

12 September, Rabu (Bella Mars)
Tumpuan kini beralih arah kepada Putera William kerana bakal mengetengahkan kehidupannya sebelum bergelar suami serta setelah berkahwin. Juga wanita yang pernah berada di dalam hidup Putera William dan ketika dia di dalam ketenteraan.

13 September, Khamis (Bella Unwind)
Ingin ketahui pengaruh fesyen yang dibawa mendiang Lady Diana dan Kate Middleton? Saksikan kupasan menarik mengenai pemilihan fesyen dua wanita ikon dunia ini terutama ketika menghadiri upacara karpet merah serta pakaian harian mereka.

16 September, Ahad (Bella Weekend)
Laporan menarik setelah tamat lawatan pasangan Diraja itu akan merangkumi aktiviti lawatan mereka, minat serta cara mereka berpakaian sepanjang lawatan di Malaysia. Menarik lagi, Bella juga akan menyentuh tentang sambutan Jubli Intan sempena 60 tahun pemerintahan Permaisurinya di seluruh dunia.

Sebagai menghargai lawatan itu, saluran pilihan penonton, ntv7 akan membuat kiraan detik bermula 1 September melalui inisiatif istimewa – “Will & Kate Malaysian Tour” dimana pelbagai program menarik bakal disediakan sepanjang 12 hari kiraan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai istimewa “Will & Kate – The Malaysian Tour” layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui akaun Facebook dan Twitter.

Will & Kate

Mengenai ntv7:
ntv7 memulakan siarannya pada 7 April 1998 dan merupakan stesen swasta percuma ke-tiga di Malaysia. Stesen yang lebih dikenali sebagai “Saluran Ceria Anda” ini berada di kelasnya tersendiri berbanding stesen-stesen percuma dan berbayar lain kerana ia lebih menitikberatkan penjenamaan. ntv7 sinonim pada penonton bandar sebagai stesen yang memberi kandungan yang mengikut perkembangan semasa, interaktif serta berkualiti yang menjangkau pelbagai platform media digital seperti online dan kandungan mobil. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.ntv7.com.my .

ntv7 dimiliki sepenuhnya oleh Media Prima Berhad, syarikat integrasi media terbesar di Malaysia yang juga memiliki TV3 (stesen swasta percuma pertama di Malaysia), 8TV (stesen pertama yang disasarkan untuk penonton yang lebih muda), TV9, Primeworks Studios Sdn Bhd (produksi dan pengedaran filem), New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (salah satu syarikat penerbitan kumpulan terbesar di Malaysia), tiga stesen radio, Fly FM, One FM dan Hot FM serta empat syarikat media luar – Big Tree Outdoor Sdn. Bhd., UPD Sdn. Bhd., The Right Channel Sdn. Bhd. dan Kurnia Outdoor Sdn. Bhd. Anak syarikat Media Prima yang berlandaskan komunikasi digital dan penyiaran, Alt Media, turut menawarkan tayangan online yang canggih dan berkualiti definisi tinggi (HD) khas untuk tatapan penonton keempat-empat stesen TV melalui portal TonTon (www.TonTon.com.my).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xpax Ignites The Wanted Live In Kuala Lumpur

Aril AF Jadi Pengacara Di Mana Joe Jambul Musim Terbaru