in

Pusingan Separuh Akhir SUPER SPONTAN SUPERSTAR Jumaat Ini

Semakin mendapat sambutan hangat daripada penonton, Astro Warna sekali lagi membawakan program Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 selebriti popular yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi serta personaliti media sosial tanahair untuk merebut gelaran juara terunggul.

Berlangsung selama 10 minggu, Super Spontan Superstar telah menemukan dua kumpulan iaitu ‘Harimau Hipster’ dan ‘Monyet Mafia’ yang akan bertarung pada setiap minggu.

Separuh Akhir SUPER SPONTAN SUPERSTAR

Pusingan Separuh Akhir SUPER SPONTAN SUPERSTAR Jumaat Ini

Harimau Hipster menampilkan ahli kumpulan yang terdiri daripada Tauke, Abam, Syuk (tersingkir), Ozlyn, Jamal (tersingkir), Waris (tersingkir), Zulin Aziz (tersingkir) & Fad. Manakala Monyet Mafia pula terdiri daripada Johan, Achey, Ali Puteh (tersingkir), Altimet, Kamal Adli, Amyza Adnan (tersingkir), Zukiee (tersingkir) & Julia Ziegler (tersingkir).

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disumbangkan kepada selebriti veteran ataupun selebriti yang memerlukan setiap minggu.




Minggu lalu, Harimau Hipster mengungguli permainan dan Monyet Mafia terpaksa menyingkirkan Ali Puteh. Yang pasti, persaingan semakin sengit menjelang minggu separuh akhir Jumaat ini.

Siaran Langsung Super Spontan Superstar (Separuh Akhir) bakal berlangsung pada 30 September 2016 (Jumaat), jam 9.00 malam @ Panggung Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MV JAGA-JAGA Amira Othman Cecah 1 Juta Tontonan dalam Masa 10 hari

Ulasan Konsert RUMOUR HAS IT ADELE – HER LIFE AND SONGS