in ,

Puisiloka Sempena Hari Puisi Sedunia Di Universiti Malaysia Kelantan 

Sastera dan kesusasteraan merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan bahasa merupakan sebuah medium ketamadunan sesebuah bangsa yang gemilang.

Puisiloka diilhamkan sebagai sebuah program bersempena dengan Hari Puisi Sedunia yang diraikan pada setiap 21 Mac oleh seluruh penggiat, intelektual, sarjana dan pencinta dunia sastera dan kesusasteraan seluruh dunia bagi mengangkat mutu bahasa dan kesusasteraan kebangsaan. Pada edisi 2022 kali ini acara yang diusahakan oleh Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Meja Poedjangga Ent. akan diisi dengan bengkel puisi, perkongsian seni dan diserikan dengan persembahan muzikalisasi puisi dan kesenian tempatan. 

Objektif pelaksanaan acara ini adalah untuk terus menyemarakkan aktiviti kesenian dan kesusasteraan selain bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat, siswa dan siswazah tentang kepentingan penjagaan khazanah negara yang disampaikan dalam bentuk perbengkelan, perkongsian seni dan persembahan muzikalisasi puisi selain memupuk semangat positif dan kreatif dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya dengan mempamerkan rasa cinta terhadap budaya dan bahasa. 

Puisiloka

Uniknya dalam acara Puisiloka ini, selain seniman sastera dari Malaysia, turut akan tampil ialah penyair dari lima buah negara antarabangsa iaitu Indonesia, India, Puerto Rico, Kemboja dan Rusia. Antara penyair yang akan ditampilkan dari Malaysia ialah Sasterawan Negara Dato’ Dr. Zurinah Hassan, Penyanyi dan Penyair Muda ASEAN 2015 – Umar Uzair, Deklamator Kebangsaan – Lin Haslinaz, Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan Shirley Idris (Aktivis Seni) dan Kumpulan Kesenian UMK. Manakala penyair daripada luar negara ialah Luz Maria Lopez (Puerto Rico), Suhail Ibn Shahnawaz (India), Rois Rinaldi (Indonesia), Yeng Chheangly (Kemboja) dan Dr. Victor Pogadaev (Rusia) yang akan mengadakan persembahan secara kiriman video dan akan ditayangkan di dalam Dewan Keusahawanan UMK. 

Puisiloka : Hari Puisi Sedunia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Kampung Puisi bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Kampung Puisi akan diisi dengan Bengkel Deklamasi Sajak oleh Lin Haslinaz (Deklamator Kebangsaan), Bengkel Deklamasi Syair oleh Sasterawan Negara Dato’ Dr. Zurinah Hassan dan Perkongsian Seni oleh Umar Uzair (Penyanyi/Penyair Mudan ASEAN 2015) serta Ekspresi Puisi Terbuka yang akan melibatkan persembahan oleh para siswa dan siswazah UMK. 

2. Konsert Puisiloka bermula pada jam 8.30 hingga 10.30 malam. Acara ini dipersembahkan dalam bentuk muzikalisasi puisi tanpa pemudah acara yang menggabungkan persembahan deklamasi, lagu puisi, muzik, monolog dan tarian tradisional. 

Puisiloka juga dianjurkan sebagai sebuah program yang diharapkan dapat memeperkenalkan seterusnya mendidik masyarakat tentang keindahan kesusasteraan kebangsaan serta memamahi konsep pembangunan sastera melalui gaya bahasa deklamasi yang pelbagai dari seluruh dunia, langgam dan lenggok irama syair serta pendedahan mengenai kerjaya dalam bidang ini dalam usaha mencapai sesebuah bangsa yang maju. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PAPU Tekad Untuk Mengisi Kekosongan Di Dalam Ekonomi Seni Malaysia

Joe Flizzow SNOPP DOGG

Snoop Dogg & Joe Flizzow Bergabung Nyanyi Lagu Tema JDT Berjudul PIONEERS