in , ,

PUDGi Tayangkan Filem ROH di Festival Wayang Pacak

Acara yang menerima sokongan MyCreative Ventures di bawah inisiatif Penjana tersebut dihadiri lebih dari 300 pengunjung dari sekitar daerah Sepang menandakan pembukaan semula ekonomi kreatif di Malaysia

Pada malam 30hb Oktober 2021, satu Festival Wayang Pacak PUDGi telah diadakan di Pusat Urbanisasi Desa Giching (PUDGi) dengan kehadiran lebih dari 300 penonton yang kebanyakannya hadir dari Kampung Giching dan kawasan sekitar Sepang. 

Tanah seluas 10 ekar di PUDGi mengandungi kolam ikan air tawar, kebun durian, rumah inap dan kabin Airbnb. Ia terkenal di kalangan komuniti setempat dan penggemar aktiviti luar sebagai tempat yang sesuai untuk lari dari hiruk pikuk ibukota Kuala Lumpur.

Festival itu diadakan untuk mengetengah wayang pacak sebagai sokongan kepada industri filem Malaysia tatkala ekonomi kreatif Malaysia sedang dipulihkan dengan pematuhan penuh Prosedur Operasi Standard yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pudgi Tayangkan Filem Roh Di Festival Wayang Pacak

Filem yang ditayang adalah Roh, yang diterbitkan oleh Kuman Puctures, iaitu filem yang telah menjadi pilihan Malaysia sebagai wakil ke festival Oscar 2020. Filem ini sedang ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat setelah ia diedar oleh Film Movement, sebuah syarikat pengedar filem dan diterima baik oleh pengkritik Amerika yang menamakannya  sebagai ‘filem seram pendalaman Malaysia yang menggerunkan (Variety) dan ‘filem seram dari Malaysia yang mengerikan dengan menggunakan efek suasana’ (New York Times). Malahan ia diberi pembaca RottenTomatoes.com rating sehingga 86% kerana ia ‘berjaya menyampaikan kengerian misteri, menyentuh ketakutan yang kita tidak dapat gambarkan tetapi dirasai jauh di sudut hati’.

Pudgi Tayangkan Filem Roh Di Festival Wayang Pacak

Majlis bermula pada pukul 4.30 petang dengan pertandingan memancing.  Pada 6.30 petang, majlis penyampaian hadiah diadakan oleh Ketua Kampung Giching yang juga telah menerima RM1,000 tunai hasil kutipan yang disampaikan oleh Puan Nani, CEO PUDGi, kepada Tok Lan untuk mangsa banjir Kampung Giching akibat banjir seminggu sebelum itu.

Pudgi Tayangkan Filem Roh Di Festival Wayang Pacak

Pada pukul 8 malam, majlis tayangan bermula dengan satu forum ringkas di mana pelakon utama filem Roh, Nam Ron, bersama penulis skrip, Amir Hafizi dan Amir Muhammad, wakil Kuman Pictures di soal jawab oleh Daniyal Kadir tentang nilai filem seram yang tidak bergantung kepada menakutkan penonton dengan kejutan jump-scare tetapi menggunakan suasana. Filem pendek Nadia yang ditayangkan sebelum forum bermula diwakili oleh Sara Ali dan Jarr Najmuddeen dalam sesi soal jawab itu.

Penonton kemudian dihidangkan dengan filem berdurasi 1 jam dan 23 minit itu sebelum majlis tamat pada tengah malam. Semua yang hadir memakai pelitup muka, sanitiser tangan disediakan serta penggunaan MySejahtera diwajibkan untuk semua yang hadir di majlis untuk yang telah penuh divaksinasi tersebut. Acara ini disokong oleh MyCreative, Kementerian Komunikasi dan Multimedia  dan Kementerian Kesihatan di bawah inisiatif Penjana. 

Pudgi Tayangkan Filem Roh Di Festival Wayang Pacak
Pudgi Tayangkan Filem Roh Di Festival Wayang Pacak
Pudgi Tayangkan Filem Roh Di Festival Wayang Pacak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqbal Zulkefli Hujan | 20

“Semuanya Temberang, Plot Twist Kalah Cerita Tamil,” Vida Naik Angin MV Hujan Iqbal

Park Seo Jun Trending

Two Brand New Binge-Worthy K-Series Premieres Exclusively on iQiyi this November