in , ,

Puan Sri Nisa Bakri terima Anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok, Thailand

Puan Sri Shariffa Nisa Binti Syed Hamid atau lebih dikenali sebagai Puan Sri Nisa Bakri hari ini telah mengadakan pertemuan bersama media untuk berkongsi kisah kejayaan beliau mendapat Anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 anjuran Awen (ASEAN Women Entrepreneur Network).

Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award anjuran AWEN (ASEAN Women Enterpreneur Network) adalah anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada wanita-wanita dari setiap Negara ASEAN yang telah mencipta kejayaan luarbiasa dalam bidang perniagaan samada dari industri perniagaan kecil, sederhana, industri perniagaan besar mahupun perniagaan mikro. Kejayaan wanita-wanita hebat ini telah memberi kesan positif kepada masyarakat, kaum wanita khususnya iaitu melalui komitmen tinggi yang diberikan di dalam bidang masing-masing dan menjadi inspirasi kepada wanita-wanita lain di luar sana agar terus memperkasakan diri.

Puan Sri Nisa Bakri terima anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok, Thailand

Sebanyak 40 pencalonan diterima dari kalangan ahli perniagaan wanita Malaysia dan hanya sembilan (9) orang pemenang dipilih untuk menerima anugerah tersebut pada malam anugerah yang diadakan pada 21hb Jun 2019 di Hotel JW Marriot, Bangkok, Thailand.

Puan Sri Nisa Bakri, penulis buku I am Not A Chef dan mempunyai jenama ‘pes’ masakan beliau sendiri iaitu nisabakri serta pemilik Serasi Catering bukanlah nama baru dalam bidang masakan.

Bermula dari sekadar hobi suka memasak dan menjamu rakan-rakan, kelazatan masakan beliau mendapat perhatian dan beliau mula menerima tempahan masakan dari golongan kerabat diraja dan rakan-rakan terdekat.

Puan Sri Nisa Bakri terima anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok, Thailand

Pada tahun 2015, Puan Sri Nisa Bakri memulakan program ‘Wakaf Ramadan Food Mission’ dimana beliau menyediakan perkhidmatan membekal makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program yang membolehkan orang ramai mendekati golongan yang kurang bernasib baik melalui masakan Puan Sri Nisa Bakri ini masih berlangsung sehingga ke hari ini. 

Puan Sri Nisa juga berkongsi rasa kasih sayang beliau pada dunia masakan dengan menulis buku I am Not A Chef sebuah buku masakan yang sangat unik berkonsepkan gaya hidup – Romance, Food and Love yang dilancarkan pada bulan November 2015. Sebanyak 25 resepi tradisional yang telah diberi sentuhan baru oleh beliau dikongsikan bersama penggemar-penggemar masakan beliau.

Pada penghujung tahun 2015 iaitu bulan Disember 2015, Puan Sri Nisa Bakri mengorak langkah lebih jauh iaitu dengan memulakan perniagaan Pes masakan nisabakri. Pada permulaannya, hanya dua jenis pes diperkenalkan iaitu pes Asam Pedas dan pes Kari ikan.

Puan Sri Nisa Bakri terima anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok, Thailand

Melalui pes masakan ini, Puan Sri Nisa mendidik masyarakat, wanita khususnya agar sentiasa berada di dapur menyediakan masakan buat yang tersayang meskipun sentiasa sibuk dengan jadual harian yang padat menggunakan pes masakan beliau yang berkonsepkan ‘easy healthy cooking’.

Sehingga ke hari ini, tujuh (7) jenis pes nisabakri boleh didapati di pasaran iaitu Pes Asam Pedas Tuanku, pes Mee Kari, pes Masala Ayam, pes Kari seafood, pes Rendang Ayam Betutu, pes gulai Sayuran dan pes Mee Kari Terangkat Leleh.

Pada tahun 2016, Puan Sri Nisa Bakri mempromosikan masakan tradisional Malaysia di kaca tv tempatan mahupun antarabangsa dengan beberapa siri rancangan masakan beliau.

Pada tahun 2017, jenama nisabakri memasuki pasaran Indonesia apabila Sambal 

Rasia dan Sambal Lemak Cili Api mula diperkenalkan kepada penggemar-penggemar masakan tradisional Malaysia di negara jiran tersebut. Puan Sri Nisa Bakri turut muncul di dalam Metro TV Jakarta pada tahun 2018 bagi mempromosikan jenama beliau.

Puan Sri Nisa Bakri juga berpeluang meyediakan masakan tradisional Malaysia untuk 40 orang delegasi Malaysia di Spain pada tahun 2017 di sebuah Restoran Spanish di Jaen yang dimiliki oleh Chef Antonio, seorang Chef Michelin bertaraf 3 bintang.

Pada tahun 2018, Puan Sri Nisa Bakri mencipta sejarah apabila jenama nisabakri terpilih sebagai pembekal makanan di London Fashion Week 2018. Pelbagai masakan tradisional Malaysia yang telah diberi sentuhan kreatif oleh beliau mendapat pujian dari tetamu yang hadir ke pertunjukan berprestij itu.

Antara masakan tradisional Malaysia yang mendapat sentuhan kreatif beilau adalah Bebola Ayam bersama Sos Chutney Pudina, Laksa Goreng Asam Pedas, Canapes Nasi Lemak Timun, Salad Kacang Kuda dan Quinoa, Dodol Malaysia atau Malaysian Toffee ber toppingkan Karamel, Brownie Coklat, Kuih Makmur dan Tat Nenas.

Puan Sri Nisa Bakri sekali lagi mencipta sejarah apabila diberi pengiktirafan sebagai Top Outstanding Gourmet Ambassador di World Gourmet Award 2018dan baru-baru ini telah dilantik sebagai Culinary Advisor oleh World Gourmet Award Association 2019.

Puan Sri Nisa Bakri membuktikan bahawa setiap wanita boleh berjaya dengan cara tersendiri. Bermula dari sekadar hobi suka memasak dan menjamu  sahabat handai, harini beliau telah membawa jenama nisabakri hingga ke persada antarabangsa.  Segala penat lelah, usaha gigih tanpa kenal jemu dan komitmen yang beliau berikan melayakkan beliau diberi pengiktirafan sebagai salah seorang dari penerima Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok baru-baru ini.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Puan Azah di talian 60 12-314 7094.

Puan Sri Nisa Bakri terima anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok, Thailand
Puan Sri Nisa Bakri terima anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok, Thailand
Puan Sri Nisa Bakri terima anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok, Thailand
Puan Sri Nisa Bakri terima anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok, Thailand
Puan Sri Nisa Bakri terima anugerah Outstanding ASEAN Women Enterpreneur Award 2019 di Bangkok, Thailand

ASEAN WOWEN ENTREPRENEURS NETWORK – AWEN

AWEN adalah sebuah pertubuhan yang menggabungkan rangkaian usahawanita di peringkat rantau ASEAN dengan misi untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan seterusnya membangunkan inisiatif bagi meningkatkan aktiviti ekonomi wanita di rantau ini. AWEM turut membantu mengukuhkan kemahiran keusahawanan wanita dalam komuniti ASEAN bagi menggalakkan lebih banyak lagi perusahaan yang dipimpin wanita.

Antara negara-negara yang menyertai gabungan AWEM  ini adalah Filipina, Myanmar, Thailand, Cambodia, Indonesia, Laos, Brunei Darussalam, Vietnam, Singapura dan Malaysia.

AWEM turut bekerjasama dengan UN Women bagi menyokong integrasi ekonomi, menggalakkan lebih banyak peluang bagi wanita, memupuk kemunculan pemimpin baru dari kalangan wanita dan menangani cabaran transnasional.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis BBNU Beradu Masak Dengan Peminat Dalam DAPUR BERKUAP

LEGOLAND® Malaysia Resort Celebrates World Friendship Day With LEGO Friends