in ,

PU Riz & Neelofa Bantu Ringankan Beban 100 Pemandu & ‘Rider’ Penghantar Makanan

Selebriti dan pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz meneruskan misi bantuan dengan menyerahkan sumbangan kepada 100 pemandu dan ‘rider’ penghantar makanan, semalam.

PU Riz, 26, berkata, pihaknya membuat tempahan menerusi aplikasi membabitkan penghantar di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi membolehkan pemandu dan ‘rider’ datang ke lokasi serahan bantuan di Taman Tun Dr Ismail, di sini.

“Sebelum ini kita serah bantuan untuk penduduk di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur. Saya sedar, dalam keadaan sekarang banyak lagi golongan terjejas dan mungkin ada terlepas pandang.

“Disebabkan itu, untuk kali ini saya bersama pasukan memilih untuk serahkan sumbangan kepada pemandu dan ‘rider’ Lalamove. Tidak dinafikan mereka juga antara golongan yang terjejas.

PU Riz & Neelofa

“Kami menggunakan cara dengan membuat tempahan di aplikasi Lalamove. Mana-mana pemandu dan ‘rider’ yang terima tempahan, mereka akan datang ke lokasi dan kami serahkan bantuan. Ada juga ‘rider’ dari bangsa Cina yang menerima sumbangan. Dengan semangat kewarganegaraan kita nak bantu semua bangsa.

“Sama juga macam sebelumnya, kami sediakan barangan keperluan asas harian seperi minyak, sardin, milo, roti, minyak masak, susu manis dan sedikit wang tunai. Diharapkan ia dapat membantu bukan saja untuk diri sendiri tapi juga keluarga mereka,” katanya.

PU Riz & Neelofa

Menurut PU Riz juga suami kepada selebriti Neelofa, inisiatif dijalankan itu tidak lain bagi menjalankan tanggungjawab sesama manusia.

“Alhamdulillah, rezeki yang ada tidak salah jika kita kongsi bersama. Malah, saya sentiasa berharap segala apa yang dibuat ini mendapat keberkatakan Allah selain bermanfaat untuk orang lain terutama mereka yang memerlukan dan dalam kesusahan.

“Seperkara lagi, menjadi tanggungjawab bersama untuk kita saling membantu. Insya-Allah, kita akan cuba tolong selagi mana termampu. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Selain Riz, sumbangan yang dijalankan itu turut mendapat sokongan Pertubuhan Kasih Neelofa dan Naelofar Hijab.

PU Riz & Neelofa
PU Riz & Neelofa
PU Riz & Neelofa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Penderaan Bella, Wardina Dakwa Wujud Campur Tangan Pihak Ketiga?

Ramai Keliru Apa Masalah Sebenar Ariz Ramli & Ebit Lew, Mungkin Ringkasan Ini Dapat Membantu