in , ,

PU Azman Tenang Berdepan Empat Lagi Pertuduhan Kes Amang Seksual 

Semalam, penceramah selebriti, PU Azman dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan empat lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap tiga orang remaja.

PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan Majistret itu.

Memetik mStar Online, PU Azman orang ramai untuk mendoakan urusannya di mahkamah. PU Azman dilihat tenang ketika disapa wartawan di perkarangan Mahkamah Sesyen Seremban.

Difahamkan, PU Azman hadir ke mahkamah hari ini untuk sebulan semula kes berhubung pertuduhan amang seksual dan kelucahan terhadap dua remaja lelaki.

“Doakan Cik Man dan terima kasih kepada para wartawan. Benda itu ikhlas, sedikit sebanyak kita memikir jugalah, tapi nak buat macam mana kita kena teruskan. Doakan saya,” katanya.

Terdahulu PU Azman mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eskayvie | 17

Tahniah! Eskayvie Terima Dua Anugerah Enterprise 50 Anjuran SME Corp

Fesyen Travel Trending | 18

Foodmarket Kini Lebih Variasi, Untuk Anda Yang Tiada Masa Untuk Memasak!