Kalau kita imbau kembali zaman sekolah, SPM adalah detik paling mendebarkan. Semua orang nak skor, tapi tak semua tahu cara nak hadapi peperiksaan dengan strategi yang betul. Sebab itu, PTTI Group Sdn. Bhd. tampil dengan Program Jelajah Skor A+ SPM di Kudat, Sabah — sebuah inisiatif yang benar-benar kena pada masanya.
Bertempat di Dewan Hakka, Kudat, program ini berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 Ogos lalu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Kudat serta Kelab Nuri Bank Rakyat. Kehadiran lebih 1,000 calon SPM dari sembilan sekolah menengah membuktikan program ini jadi tumpuan besar pelajar dan guru di daerah tersebut.
Sekolah yang terlibat termasuk SMK Abdul Rahim, SMK Abdul Rahim II, SMK Kudat, SMK Kudat II, SMK Sikuati, SMK Sikuati II, SMK St. Peter, SMJK Lok Yuk dan SMK Pinawantai. Bayangkan, satu dewan penuh dengan aura semangat pelajar yang nak buktikan mereka boleh berjaya walaupun datang dari kawasan luar bandar.
Rahsia Kejayaan Melalui Sesi Intensif Subjek Teras Dan Formula Skor A+
Di sinilah kekuatan PTTI terserlah. Mereka tak sekadar hadir beri ceramah kosong. Setiap pelajar yang hadir diberi peluang untuk sertai sesi intensif subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Sejarah — subjek teras yang sering jadi penentu dalam keputusan SPM.
Guru-guru berpengalaman PTTI membimbing pelajar dengan cara yang lebih realistik, terus kepada isi peperiksaan. Mereka berkongsi strategi menjawab soalan peperiksaan, cara menghafal fakta sejarah dengan teknik visualisasi, serta memperkenalkan formula rahsia yang telah terbukti membantu pelajar PTTI sebelum ini mencapai keputusan straight A.
Menurut Encik Eizlan Haikal Eusop, Eksekutif Kanan Komunikasi Strategik PTTI Group, “PTTI komited membantu murid, khususnya calon SPM, agar mampu mencapai keputusan cemerlang. Melalui program ini, kami bukan sahaja berkongsi teknik jawab soalan secara berkesan, malah memberikan motivasi dan keyakinan diri supaya mereka dapat melangkah ke dewan peperiksaan dengan persediaan terbaik.”
Inilah yang membezakan PTTI dengan pusat tuisyen lain — bukan sekadar mengajar, tapi juga membina keyakinan dan mentaliti juara.
Literasi Kewangan: Bonus Tambahan Yang Ubah Cara Pelajar Urus Masa Depan
Uniknya program ini, ia bukan hanya fokus pada akademik. Kelab Nuri Bank Rakyat hadir dengan slot literasi kewangan yang memang relevan untuk generasi muda hari ini. Ramai pelajar mungkin cemerlang akademik, tapi bab pengurusan kewangan masih kabur.
Dalam slot ini, pelajar didedahkan dengan konsep menabung secara konsisten, pengurusan perbelanjaan bijak, dan kepentingan merancang masa depan kewangan seawal mungkin. Lebih menarik, semua pelajar yang hadir ditaja untuk membuka akaun Kelab Nuri dan diberikan modul pembelajaran percuma sebagai bahan rujukan.
Menurut Puan Azilla Nasarudin, Timbalan Presiden Deposit Bank Rakyat, “Melalui Kelab Nuri Bank Rakyat, kami mahu melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga celik kewangan. Literasi kewangan ialah kemahiran hidup yang penting, dan pendedahan awal seperti ini membantu mereka membuat keputusan kewangan yang bijak pada masa depan.”
Kuasa Kolaborasi: Bila Komuniti, Sekolah Dan Swasta Bersatu
Satu lagi yang Budiey kagum ialah kerjasama padu antara sektor pendidikan dan swasta. Bukan mudah nak satukan tenaga, tapi di Kudat, semuanya menjadi realiti.
Menurut Tuan Hj. Sharif Zainal Abiddin bin Hj. Sharif Shek, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) PPD Kudat, “Kerjasama antara PTTI, JPN Sabah, PPD Kudat dan Kelab Nuri Bank Rakyat amat bermakna dalam usaha meningkatkan prestasi akademik murid. Program ini membuktikan bahawa sokongan komuniti dan pihak swasta mampu memberikan impak positif kepada pencapaian pendidikan di daerah ini.”
Ini bukan sekadar kata-kata manis. Realitinya, bila komuniti, sekolah dan pihak swasta berganding bahu, pelajar jadi pihak yang paling untung. Mereka dapat ilmu, motivasi dan juga sokongan material untuk lebih yakin menuju kejayaan.
PTTI Buktikan Rekod Cemerlang Dengan Ramai Pelajar Skor Semua A
Kalau kita lihat track record, PTTI bukan pemain baru. Mereka dikenali sebagai pusat tuisyen nombor satu Malaysiayang berjaya melahirkan pelajar dengan rekod cemerlang. Pada tahun SPM 2024, PTTI mencatat jumlah pelajar paling ramai yang berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan.
Kejayaan ini bukan kebetulan, tapi hasil daripada metodologi pengajaran inovatif, tenaga pengajar berpengalamandan modul pembelajaran yang sentiasa dikemas kini mengikut format peperiksaan terkini.
Program Jelajah Skor A+ SPM di Kudat sekali gus memperkukuh reputasi mereka, bukan hanya sebagai pusat tuisyen bandar, tetapi juga sebagai organisasi yang prihatin terhadap nasib pelajar luar bandar.
Apa Kata Budiey?
Bagi Budiey, inisiatif macam ni memang patut diberi spotlight. Kita sering dengar keluhan pelajar luar bandar yang kurang akses kepada pendidikan berkualiti. Tapi dengan program sebegini, mereka bukan sahaja dapat ilmu, malah mereka rasa diperhatikan, dihargai dan diberi peluang sama rata.
Budiey percaya, kalau lebih banyak pihak swasta tampil macam PTTI, pendidikan negara kita akan lebih seimbang. Pelajar luar bandar pun boleh berdiri sama tinggi dengan pelajar bandar. Lagi power kalau program macam ni diperluas ke seluruh Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain.
Program ini bukan sekadar kelas tambahan. Ia adalah simbol harapan. Harapan untuk melihat anak-anak Malaysiaberjaya dalam SPM, dan lebih penting, berjaya dalam kehidupan mereka nanti.