Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Psy Tamatkan Gangnam Style di Malaysia

[dropcap]S[/dropcap]etelah membuat 40 persembahan pentas di 14 negara seluruh dunia sejak sembilan bulan lalu, penyanyi PSY memberitahu selepas ini beliau tidak akan menyanyikan lagi lagu ‘berhantunya’, Gangnam Style, di mana-mana konsert mahupun acara hiburan.

Pengumuman secara rasmi itu dibuat oleh bintang sensasi Korea itu sendiri sewaktu membuat persembahan di hari kedua konsert Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Kata PSY kepada penonton sebelum meneruskan persembahannya dengan lagu itu.

“Sejak Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga yang membuatkan saya mampu berdiri dihadapan anda semua. Saya juga dah tak rasa diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan secara rasminya mengumumkan, ini persembahan Gangnam Style saya yang terakhir di sini, di Kuala Lumpur!

“Tiada lagi persembahan Gangnam Style kerana selepas ini saya teruja untuk memperdengarkan kepada anda semua single terbaru saya yang akan di release pada 13 April ini.”

Selain Gangnam Style, PSY turut mendendangkan lagu berjudul Champion dan Jump. Konsert yang menghimpukan kira-kira 55,000 penonton (untuk kedua-dua hari) itu turut menampilkan persembahan seperti penyanyi Pop Rita Ora, band indie British, Bloc Party, pemenang anugerah Grammy, kumpulan Fun dan ramai lagi.

Ini adalah kali kedua PSY berkunjung ke Malaysia tetapi merupakan kali pertama beliau di Kuala Lumpur. Sebelum ini, pemilik nama sebenar Park Jae Sang ini pernah hadir dan membuat persembahan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Pulau Pinang, pada Februari lalu.

Katanya dan kemudian dibalas dengan sorakan dan tepukan penonton.

“Setiap kali saya membuat persembahan Gangnam Style, semua orang akan sibuk ambil gambar dan video. Okay, malam ini saya mahu anda semua bergembira. Saya akan menyanyi Gangnam Style sebanyak dua kali.

“Kali pertama anda boleh ambil gambar dan video. Kali kedua, lupakan kamera anda, mari sama-sama kita semua menari dan bergembira, okay?!”

PSY mencipta fenomena meneusi lagu Gangnam Style gara-gara aksi ‘tarian kudanya’ ketika menyanyikan lagu tersebut. Impak fenomena yang dicetus, PSY kini bergelar penghibur bertaraf dunia.

Selain menjadi tumpuan jutaan penonton, mencatat sebanyak 1.39 billion penonton di YouTube termasuklah lagu itu juga telah meraih sebanyak 19 anugerah berprestij di peringkat antarabangsa. – Malaysian Digest

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version