in

Promosi Hari Raya Aidilfitri LG Ganjaran Menarik

Bergaya sambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan LG dan menangi ganjaran serta-merta

LG Electronics (LG), pemimpin global dan pakar inovasi teknologi barangan elektronik pengguna, komunikasi mudah alih dan perkakas rumah, menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi dengan tawaran dan promosi hebat.

Sempena promosi Raya LG, pengguna di seluruh negara berpeluang untuk mendapat ganjaran serta-merta apabila mereka memilih barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah LG. Hadiah percuma yang ditawarkan termasuk produk LG seperti TV LCD, sistem teater rumah, peti sejuk, pemain DVD dan pendingin udara. Hadiah lain termasuk kamera 3D, cermin mata 3D, alat mengurut dan produk keperluan rumah. Promosi ini berjalan dari 1 Ogos – 30 September 2010.

Sepanjang tempoh promosi, pelanggan yang mendaftarkan waranti pembelian mereka dalam talian akan juga menerima hadiah misteri.

Untuk melancarkan promosi Raya ini, LG menganjurkan Pameran Bergerak Kempen Raya LG:

Pameran Bergerak Lokasi Tarikh
Pameran Hiasan Rumah LG Persada Johor Baru 6 – 8 Ogos 2010
Pameran Perkakas Rumah LG AEON Tebrau City, Johor Bahru 6 – 8 Ogos 2010
Pameran Kehidupan Sempurna LG PWTC, Kuala Lumpur 12 – 15 Ogos 2010

Selain itu, dari 29 Julai hingga 18 September 2010, pengguna di Sarawak boleh mendapatkan ganjaran daripada promosi Raya LG ini menerusi Trak Bergerak LG, yang akan membuat 13 perhentian di tujuh bandar yang berlainan di Sarawak, iaitu: Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, dan Bau.

Pengguna boleh ‘melihat-dan-mencuba’ pelbagai barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah LG yang dipamerkan dalam trak ini – daripada TV LED Penuh 3D INFINIA LG dan Sistem Teater Rumah LG hingga rangkaian Peti Sejuk, Mesin Basuh, Pendingin Udara, Ketuhar Gelombang Mikro, dan Pembersih Hampagas LG Health+.

Jangan tunggu lagi; dapatkan ganjaran serta-merta anda sekarang supaya anda boleh bergaya sambut Hari Raya tahun ini dengan LG!

Untuk maklumat lanjut tentang promosi Raya LG, sila ke www.lg.com/my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tawaran Hotlink Ramadan SMS Dapat KFC Percuma

Album Terbaru Jinbara Interpretasi Mental