in ,

Promosi Cuti Sekolah Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan Promosi Cuti Sekolah di Menara Kuala Lumpur bersempena musim cuti persekolahan yang bakal tiba. Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung seperti persembahan badut, persembahan ’goldman’ dan tayangan percuma siri mini popular Upin & Ipin.

Maklumat mengenai promosi tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 28 Mei – 11 Jun 2011
Masa : 10.00 pagi – 8.15 malam
Tempat : Panggung Terbuka, Panggung Mini dan Lobi UGF

Adik-adik juga boleh menjadi ahli Kelab Upin & Ipin dengan setiap pembelian pakej lawatan Menara Kuala Lumpur manakala untuk ahli Kelab Upin & Ipin sediaada, anda boleh mendapat diskaun 10% untuk semua pakej lawatan Menara Kuala Lumpur.

Bawalah keluarga yang tersayang dan juga rakan-rakan untuk melawat dan berhibur di Menara Kuala Lumpur sempena cuti sekolah ini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-20205499 / 03-20205444 atau layari laman sesawang www.menarakl.com.my

Terima kasih.

promosi cuti sekolah menara kl

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Flat 3A

Penyampaian Sumbangan Pesakit Hospital Ampang