in , ,

Projek Cendana Seni ‘Star/ Kl’ Pancar Sinaran Budaya Serata Malaysia

Projek Seni ‘Star/KL’ dan ‘Bamboo House’ KLWKND yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin di The Godown, Kuala Lumpur hari ini merupakan satu lagi inisiatif Kementerian dalam memberi nafas baharu kepada para seniman dan karyawan negara.

Program yang diadakan bersempena dengan Art In The City (AITC) 2021 ini mengangkat karya Jun Ong, yang merupakan rangkaian hasil seni dari ‘The Light Project’ melalui kolaborasi dengan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dan Pihak Berkuasa Tempatan selain artis-artis terpilih di lima lokasi berbeza iaitu Butterworth, Melaka, Batu Pahat, Ipoh, dan Kuching. 

Projek ini bertujuan menyuntik inspirasi kepada penggiat seni dan budaya menghasilkan karya-karya yang membawa sinar harapan kepda rakyat untuk bangkit bersama daripada kesan pandemik COVID19. 

Projek Cendana Seni ‘Star/ Kl’ Pancar Sinaran Budaya Serata Malaysia

Menurut Jun Ong ‘Star/KL’ adalah hasil karya terkini beliau yang merupakan turutan kepada hasil karya sebelum ini yang diusahakan pada 2015. Karya itu merupakan ‘Bintang’ pertama yang berbentuk seperti ‘dodecahedron’ dan dihasilkan di sebuah bangunan terbiar di bekas bandar pelabuhan perindustrian iaitu di Butterworth, Pulau Pinang. 

Datuk Zahidi merakamkan ucapan tahniah kepada CENDANA, pengarah festival KLWKND Joe Sidek, artis Star/KL Jun Ong dan penggiat seni budaya yang terlibat dalam projek ini. 

Projek Cendana Seni ‘Star/ Kl’ Pancar Sinaran Budaya Serata Malaysia

Melalui pengumuman Belanjawan 2022 baru-baru ini, usaha sebegini akan diteruskan melalui RIUH-Keluarga Malaysia di seluruh negara bagi membantu penggiat industri terus berkarya dan mempromosi produk kreatif mereka. 

Projek Cendana Seni ‘Star/ Kl’ Pancar Sinaran Budaya Serata Malaysia

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehuddin berkata AITC 2021 yang berlangsung sehingga 28 Disember 2021 adalah refleksi CENDANA kepada seni budaya yang menawarkan lebih daripada 100 program dinamik, berwarna-warni untuk dipersembahkan. Sejak 2018, AITC telah diperluaskan dan menyajikan pelbagai jenis muzik, tarian, kraf, teater, filem, makanan, warisan, sejarah dan banyak lagi hasil-hasil seni dan budaya. 

Projek Cendana Seni ‘Star/ Kl’ Pancar Sinaran Budaya Serata Malaysia

Selain Star/KL, CENDANA juga akan menganjurkan dua lagi acara iaitu “Pameran Digital Media SENSORii” di REXKL, Jalan Sultan bermula 1 hingga 28 Disember 2021 dan “The Symposium of Reflection and Reimagining: National Cultural Congress 1971-50 Tahun Kemudian” pada 11 hingga 12 Disember 2021. 

Bersempena program KLWKND ini juga, The Godown, Kuala Lumpur akan berubah wajah menjadi sebuah karya yang berkonsepkan ‘Rumah Buluh’ atau ‘Bamboo House’ yang merangkumi lekapan, pemasangan dan skulptur hasil kerjasama bersama studio seni bina tempatan serta pertubuhan orang asal. 

Projek Cendana Seni ‘Star/ Kl’ Pancar Sinaran Budaya Serata Malaysia

Mengenai CENDANA 

CENDANA (Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya) dilancarkan secara rasmi pada 6 September 2017 untuk membentuk seni budaya ekonomi yang rancak, mampan dan berwawasan untuk Malaysia, bagi terus memartabatkan profil seni budaya ke arah pembentukan identiti Malaysia sebagai destinasi seni dan lokasi yang strategik di pentas global. Organisasi ini disokong oleh Kerajaan Malaysia melalui MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadanankan) dan berada di bawah pengendalian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sila layari www.cendana.com.my untuk maklumat lanjut. 

Mengenai Art In The City 

Art In The City adalah salah satu usaha strategik CENDANA yang didedikasikan untuk seni dan persembahan, dengan lebih dari 100 program dinamis, berwarna-warni dan optimis yang dipersembahkan tahun ini termasuk pelbagai muzik, tarian, kraf, teater, tarian filem, makanan, warisan, sejarah, dan lebih banyak lagi dari 14 Oktober hingga 28 Disember 2021. Art In The City direka untuk meningkatkan kesedaran mengenai seni dan budaya tempatan dan untuk mendorong rakyat Malaysia mengunjungi tempat-tempat seni di sekitar Kuala Lumpur, AITC berusaha untuk terus mempromosikan Kuala Lumpur sebagai hab budaya dan kreatif. Sila layari masuk ke www.baskl.com.my/aitc untuk maklumat lanjut. 

Mengenai MyCreative Ventures 

MyCreative Ventures adalah syarikat pelaburan Kerajaan yang dilancarkan pada bulan September 2012 untuk memacu industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan yang strategik dan inovatif. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mycreative.com.my 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sugarbomb

Kolaborasi SugarBomb x Digi ‘Mengganas’, Sertai Peraduan SugarBomb x Digi Scan & Win

Zarol Zarif

Zarol Zarif Comeback Dengan Single KAN KAN