in ,

Lagu SUDAH KU TAHU Projector Band Ditonton Lebih 1Juta di Youtube

PROJECTOR BAND ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Nama PROJECTOR dicetuskan dari Ahmad Khusairi (Bassist projector) yang merupakan tulang belakang band ini.

Pada asalnya, PROJECTOR hanya mempunyai 3 orang ahli kumpulan iaitu Iskandar (Vokalis), Razif (Gitar utama), Ahmad Khusairi (Gitar bass). Dengan komitmen yang penuh untuk terus maju bersama dalam band, mereka tetap mempertahankan nama band tersebut walaupun ahlinya saling bertukar ganti. Dengan usaha yang lebih kuat dan kesungguhan yang tinggi, akhirnya mereka menjadi semakin serasi dan akrab.

SUDAH KU TAHU Projector Band

PROJECTOR dianggotai oleh 5 orang anak muda yang di kenali sebagai Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai Drummer.

PROJECTOR dikenali dengan genre band rock yang menampilkan karya mereka melalui media sosial. Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif atau lebih dikenali sebagai Angah yang merupakan gitar utama.

Terciptanya lagu ini adalah daripada kisah benar percintaan Razif bersama kekasih yang curang kepadanya. Dengan memiliki suara yang lantang dan penghayatan yang baik dalam lagu ini, Is (vokalis) telah berjaya menarik perhatian pendengar untuk menonton karya mereka di youtube yang mencecah hampir 1,000, 000 tontonan.

Pada 11 Disember 2015, PROJECTOR dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. “SUDAH KU TAHU” merupakan single pertama PROJECTOR yang telah menjadi viral di media sosial dan dijangka akan berkumandang di corong – corong radio tempatan pada akhir bulan Februari 2016.

Follow Projector Band : Instagram : @projectorbandofficial Facebook : Projector Band Official

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri CINTA TERUNA KIMCHI Lakonan Nazim Othman

Oh!K Shares Six Special Ways to Celebrate Valentine’s Day!