in ,

Projector Band Nafi Plagiat Lagu Aisyah dari Half Night Trip to Bait Al Hamid

Projector Band Nafi Plagiat Lagu Aisyah dari Half Night Trip to Bait Al Hamid, Betul ke Dakwaan Ini, Jom baca berita selanjutnya.

Vokalis kumpulan Projector Band, Iskandar Dzulqarnain menafikan dakwaan pemuzik Indonesia, Harlin Pasili Ansori yang menyatakan lagu Aisyah diciplak daripada karya ciptaannya, Half Night Trip to Bait Al Hamid. Iskandar atau lebih dikenali sebagai Is berkata, mereka kecewa dilemparkan tuduhan tidak berasas sehingga video muzik video lagu berkenaan di YouTube, ditarik balik.

“Lagu Aisyah dihasilkan gitaris, Angah. Kali pertama dia mengeluarkan lagu itu 2011. Kemudian, kami lancarkan secara rasmi pada 2017.

“Kami tidak faham kenapa dia berani kata itu adalah lagunya. Isu ini timbul selepas Mr Bie memuat naik versi nyanyian semua dalam lirik Islamik berjudul, Aisyah Istri Rasulullah.

“Tak sangka lagu ini trending dan tular selepas beberapa penyanyi mendendangkannya semula termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Di Indonesia, lagu ini tular selepas dinyanyikan beberapa artis seperti Nissa Sabyan,”

– Projector Band

Pada 24 April lalu, Harlin memuat naik status di laman sosial mendakwa lagu Half Night Trip to Bait Al Hamid dilancarkan pada 2010 dan dimuat naik di YouTube pada 2011.

Harlin meminta YouTube memadamkan lagu Aisyah nyanyian Projector Band termasuk projek versi nyanyian semula seperti Aisyah Istri Rasulullah nyanyian Nissa dan Mr Bie.

Iskandar berkata, syarikat rakaman, Map Music sedang berurusan dengan peguam di Indonesia bagi menyelesaikan perkara itu.

“Lebih mengecewakan, muzik video Aisyah ditarik balik YouTube dengan hanya satu aduan. Kami terpaksa muat naik video gantian,” katanya.

Iskandar mendakwa, peminat Projector Band bertelingkah dengan pendengar muzik di Indonesia berhubung isu lagu Aisyah.

“Kami tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Namun, kalau pihak di sana melampaui batas, kami akan ambil tindakan,” katanya.

– Projector Band

Sementara itu, Angah atau nama sebenar, Razif Zainuddin mengaku lagu Aisyah diciptanya sendiri.

“Apabila saya mendengar pautan muzik yang diberi, satu pun tidak ada persamaan.

“Lagu yang didakwa karya asal hanya melodi tanpa penyanyi. Tidak kedengaran langsung bunyi dan melodi lagu Aisyah.

“Apabila timbul dakwaan ini, saya pening dan bagaimana YouTube boleh memadamkan versi nyanyian semula Aisyah Istri Rasulullah,” katanya.

– Projector Band

Lagu Aisyah dilancarkan secara rasmi pada 2017 selepas kumpulan ini ‘meletup’ dengan single Sudah Ku Tahu.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sejarah Berulang, Da’i Farhan Ceraikan Isteri Kedua Ketika Mengandung

Megat Rahim Lancar Single SUDAHLAH Hasil Ciptaan Chubb-E