in ,

Program XLR8 Membawakan Aksi Permotoran Terhebat Buat Rakyat Malaysia

XLR8 bakal membawakan rakyat Malaysia dan peminat dunia permotoran dengan aktiviti permotoran yang pastinya mengujakan anda di samping pameran kenderaan sukan permotoran yang klasik dan menawan, serta kereta-kereta yang terkenal dalam beberapa siri TV dan filem, selama dua hari melalui acara yang akan berlangsung 3 dan 4 Oktober ini di Pullman Putrajaya Lakeside.

XLR8 akan menggegarkan Pullman Putrajaya dan kawasan sekitarnya dari jam 10 pagi hingga 6 petang selama dua hari dan masuk adalah percuma. XLR8 dianjurkan Astro Digital Publications, yang telah menerbitkan 9 majalah dan 17 e-majalah merangkumi pelbagai judul, termasuklah penerbitan permotorannya, Car Magazine Malaysia.

Program Xlr8 Membawakan Aksi Permotoran Terhebat Buat Rakyat Malaysia

Donald Cheah, Pengarah Am – Percetakan/Digital Astro Publications berkata,

“Rakyat Malaysia merupakan komuniti yang menggemari kereta dengan lebih 600 ribu kereta berjaya dijual setiap tahun. XLR8 menambah kemeriahan dan minat rakyat Malaysia terhadap dunia automobil dengan membawakan kereta-kereta paling dikehendaki dan juga aktiviti permotoran menarik di bawah satu acara.”

Antara tarikan XLR8 adalah:

• King of Clubs, acara utama Car Magazine Malaysia yang mula diperkenalkan secara jayanya tahun lepas. Edisi tahun 2015 King of Clubs akan membawa pertandingan ini ke peringkat lebih tinggi dengan penyertaan kelab permotoran dari Jepun, di samping kelab permotoran Eropah.

Peserta bukan sahaja bertanding bagi merebut hadiah menarik tetapi juga merebut gelaran kelab permotoran terbaik di Malaysia. Bagi mendapatkan gelaran itu, mereka akan mengharungi beberapa cabaran berasaskan permotoran seperti Gymkhana, Precision Driving, Pit Stop Challenge, Racing Simulator, Remote-control Cars dan Treasure Hunt. Setiap cabaran memberikan mereka markah yang harus dikumpul dan pasukan dengan markah tertinggi akan dinobatkan gelaran King of Clubs.

• Tarmac Warriors, bakal menyaksikan personaliti permotoran terkenal, Karamjit Singh melakukan aksi lagak ngeri hebat menggunakan kereta AMG dengan pusingan tayar dan deruman ekzos yang pastinya membuatkan anda teruja!

• Movie Icons–Menampilkan kereta-lereta yang pernah membuat kemunculan khas dalam siri TV dan juga filem. Peminat boleh melihat dengan lebih dekat Herbie, kereta mini Mr Bean, Pontiac GTO 1965 Triple X dan juga kereta yang telah melangkaui batas imaginasi – the Knight Industries Two Thousand, a.k.a. KITT dari Knight Rider.

• Asia Klassika khas untuk peminat kereta klasik. Mereka berpeluang melihat kereta unik dan pelik yang mungkin belum pernah sampai ke negara Malaysia. Dari American Muscle, German Power sehinggalah British Suave, pameran kereta klasik ini pastinya membuatkan peminat mereka mengimbau zaman kegemilangan dunia permotoran seluruh dunia!

XLR8 dibawakan oleh PETRONAS PRIMAX 97 baru dengan Formula Advanced Energy. Penaja acara ini termasuklah Mercedes-Benz Malaysia, MY Motor, Kurnia dan DMAX.

“PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dengan bangganya memperkenalkan Euro 4M, minyak terbaru PETRONAS PRIMAX 97 dengan formula Advanced Energy. Kami berbangga dapat berkongsi pentas bersama XLR8 dalam memaparkan produk kemenangan kejohanan dunia kami, yang telah dibuktikan di litar Formula Satu dan dalam pemanduan seharian dalam menyediakan pecutan hebat dan meningkatkan tahap pemanduan,” kata Shaharuddin Muhammad Sidek, Ketua Perniagaan Runcit, Petronas Dagangan Berhad

Untuk maklumat lanjut berkaitan XLR8 dan aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan, layari laman sesawang www.xlr8.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Info Anugerah Skrin 2015 Yang Anda Perlu Tahu

Malaysia Umumkan 5 Memorandum Persetujuan Antarabangsa di MIPCOM 2015