in

Program Sempena Pilihanraya Ke-13 di Media Prima

[dropcap]P[/dropcap]eluang menyaksikan salah satu acara paling bersejarah dalam negara ini cukup bermakna dan pastinya menjadi satu pengalaman menarik buat semua rakyat Malaysia. Daripada pengumuman tarikh pilihan raya umum, kepada kempen besar-besaran yang dilakukan semua parti bertanding, sehinggalah kepada hari kemuncak pengundian di mana semua rakyat Malaysia layak menentukan hak mereka, tiada yang lebih baik daripada berada di negara tercinta sendiri.

Oleh sebab itu, Media Prima Berhad hadir dengan rancangan komprehensif untuk orang ramai dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat sebaik mungkin bersempena dengan kedatangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Media Prima 2

Menerusi media cetak (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), rangkaian televisyen (TV3, ntv7, 8TV dan TV9) dan juga platform media digital (Media Prima Digital) Media Prima Berhad, beberapa program khas dan laporan berkaitan PRU-13 akan ditawarkan.

Dikendalikan wartawan tersohor seperti Datuk Johan Jaafar, Datuk Ahmad Bin A. Talib, Dato’ Manja Ismail serta personaliti TV seperti Raymond Goh, Sheahnee Iman Lee, Praevitriana Yul dan Zainal Ariffin Ismail, program-program ini akan mengenengahkan permasalahan serta mencari penyelesaian kepada segala isu dan persoalan orang ramai.

MyUndi merupakan produk Media Prima Digital dengan kerjasama rangkaian televisyen Media Prima dan New Straits Times Press (M) di mana portal ini (www.myundi.com.my) membawakan berita terkini dari tiga akhbar utama iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times. Laman ini turut memaparkan analisis, perbincangan serta laporan terkini mengenai PRU-13 dari TV3, ntv7, 8TV dan TV9. Boleh diakses menerusi 3 bahasa; Melayu, Inggeris dan Mandarin, keputusan PRU-12 yang lepas juga boleh didapati selain maklumat berkenaan calon yang bertanding.

[pullquote align=”right”]Pelbagai program menarik untuk  maklumat yang sahih dan tepat sempena dengan kedatangan Pilihan Raya Umum ke-13 disediakan untuk tontonan[/pullquote]

Aplikasi ‘Live Streaming’ pada portal MyUndi pula membawa penonton ke lokasi-lokasi ‘panas’ yang dijangka sengit pada PRU kali ini. Pada 10 April yang lalu, MyUndi telah berjaya membawakan siaran langsung pengumuman tarikh PRU-13 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Hari yang sama juga pada jam 11.00 malam, program TV3, Soal Jawab bersama Tun Dr. Mahathir Mohammad juga dapat ditonton secara langsung menerusi portal MyUndi. Sepanjang tempoh pengundian, MyUndi akan membawakan lebih banyak program secara langsung serta perkembangan terkini dari semua stesen TV dan akhbar secara global.

Rangkaian media cetak Media Prima Berhad – New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro – juga turut bekerjasama dalam membawakan informasi berkaitan pilihan raya. Antara inisiatif yang telah diambil adalah mengedarkan BH Petang secara percuma yang mengandungi berita utama dan gambar sekitar musim pilihan raya serta perbincangan khas bersama Majlis Profesor Negara oleh Berita Harian yang membawakan topik menarik sepanjang pilihan raya sejak Februari lalu.

New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro juga akan mempromosikan kesemua platform digital oleh Media Prima Berhad. Harian Metro turut memperkasakan saluran MY Metro TV dengan mengundang tetamu khas untuk berdiskusi tentang topik menarik berkaitan PRU-13 di mana inisiatif itu dimulakan sejak 11 April lalu dan dijangkakan bakal diteruskan sepanjang musim pilihan raya ini.

Bagi memulakan kehangatan demam PRU-13, TV3 telah membuka tirai menerusi Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional yang disiarkan secara langsung pada 6 April 2013 jam 8.30 malam diikuti program Soal Jawab Khas, sebuah program bual bicara yang membincangkan isu berkaitan sosiopolitik, dalam dan luar negara pada 8 April 2013 dimana Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hadir sebagai tetamu istimewa.

TV3 juga akan mewujudkan rancangan tambahan selama sejam diberi nama ‘Mandat 2013’ yang akan disiarkan sebaik sahaja ‘Buletin Utama’ tamat pada jam 9.00 malam bagi membicarakan isu-isu berkaitan politik dan pilihan raya bermula 20 April sehingga 4 Mei 2013.

Namun pada tarikh penamaan calon (20 April), TV3 akan menyiarkan Mandat 2013 secara langsung dan dihoskan oleh Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar, Datuk Ahmad A. Talib (Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial) dan Dato’ Manja Ismail (Editor Kumpulan Rangkaian Berita dan Radio, Media Prima Berhad). Pada hari mengundi (5 Mei) Mandat 2013 akan bersiaran seawal jam 6 petang di mana personaliti TV seperti Norliza Mohd Zin, Saiful Nizam Ismail, Izwan Azir Salleh, Meor Malik Raiyani, Azura Zainal Ratin dan Nasharuddin Tajuddin akan memberi laporan terkini dari semasa ke semasa.

ntv7 juga turut memenuhi kehendak penonton sasarannya dengan slogan Saluran Pilihan Raya 2013 Anda, dalam memberikan informasi mengenai PRU-13, di mana program-program menarik seperti ‘Malaysia Votes GE13’ dan ‘[email protected]’ akan bersiaran.

Dihoskan oleh Praevitriana Yul, Sheahnee Iman Lee, Jasmine Abu Bakar, Tan Chung Han, Raymond Goh dan Anita Woo, ‘Malaysia Votes GE13’ akan bersiaran pada 5 Mei bagi membawakan keputusan pilihan raya dan maklumat mutakhir serta pengumuman pucuk pimpinan kerajaan baru nanti. Manakala pengacara berpengalaman dan merupakan bekas pengamal perhubungan awam, Hamdan Ahmir pula mengelolakan rancangan temubual setengah jam, [email protected] yang membincangkan isu berkaitan situasi politik tempatan sempena PRU-13.

Rancangan ini dirakamkan secara siaran langsung dan disiarkan pada hari yang sama. Rancangan istimewa ini telah bersiaran sejak 16 Februari dan akan ke udara setiap minggu sehingga hari pencalonan. Dan kemudian akan bersiaran setiap hari sehingga hari pilihan raya. [email protected] akan mengundang tetamu daripada latar belakang berbeza ke studio bagi membincangkan topik pilihan dalam setiap episod.

Untuk TV9 pula, Chat PRU13 akan memaparkan dan memperkenalkan calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13. Program ini akan mula bersiaran pada 20 April jam 10.30 malam setiap hari sebanyak 15 episod sehingga 4 Mei. Program ini akan dihoskan oleh Syed Mohd Khair @ Arab bersama Azura Abu Samah dimana lebih memfokuskan kepada pembabitan golongan muda dalam pilihan raya pada tahun ini disamping memperkenalkan beberapa wajah baru yang bakal bertanding di beberapa kawasan undian PRU13. Penonton juga boleh mendapatkan informasi lanjut mengenai Chat PRU13 melalui laman sosial yang dibuat khas bersempena PRU-13 pada tahun ini, iaitu Facebook www.facebook.com/[email protected], Twitter dan Instagram ([email protected]).

TV9 juga akan menyiarkan program bual bicara yang akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai semua keputusan PRU13 sepanjang tempoh pengundian. Program ‘Malam PRU’ ini akan dihoskan oleh pengacara berkaliber seperti Zainal Ariffin Ismail, Amin Hayat Abdul Rahim, Syed Mohd Khair, Azura Abu Samah, Zuhairah Mustafa Al-Husin dan Luqman Hakim Abdul Malik. Sedikit kelainan yang ingin dipaparkan menerusi Malam PRU13 ini, di mana bilangan undian atau calon bagi setiap kerusi yang dipertandingkan akan dipaparkan disamping penonton dihiburkan dengan topik-topik menarik yang akan dibincangkan oleh pengacara berpengalaman dan juga persembahan nyanyian daripada penyanyi dan pemuzik jemputan secara langsung yang bersiaran dari Sri Pentas. Malam PRU akan bersiaran pada 5 Mei, jam 8.00 malam.

8TV juga tidak terkecuali dalam membawakan liputan khas secara langsung pada hari Pilihan Raya menerusi 8TV Mandarin News “General Election-13 Special” bermula 7.00 petang sehinggalah keputusan parti yang menang diumumkan. Meraikan semangat kerjasama, pasukan berita dan hal ehwal semasa, Mandarin 7 bakal bersama 8TV Mandarin News dalam menghasilkan liputan khas besar-besaran. Edisi berita ini akan dihoskan penyampai berita ntv7 & 8TV seperti Tan Jia Yong, Liew Li Li, Chew Siew Yeong, Owen Yap, Lee Siad Huey dan Tan Ley Teng.

Dalam pada itu, usaha Media Prima Berhad dalam menawarkan liputan eksklusif, berinformasi dan pantas kepada para penontonnya bersempena Pilihan Raya Umum ke-13 ini membuktikan bahawa Media Prima merupakan satu-satunya syarikat media bersepadu yang menawarkan maklumat menyeluruh menerusi media cetak, rangkaian stesen televisyen dan radio serta media digital kepada rakyat Malaysia. Langkah agresif Media Prima Berhad ini adalah untuk memastikan orang ramai menerima sebanyak maklumat yang mereka inginkan dan mendapat informasi terkini dengan kehadiran Pilihan Raya ke 13 dijangkakan bakal menarik minat dan menjadi tumpuan orang ramai.

RANCANGAN-RANCANGAN PRU-13 DI MEDIA PRIMA:
TV3 Mandat 2013 – 20 April – 4 Mei (9.00 malam) dan 5 Mei (bermula 6.00 petang)
Pengacara: Datuk Johan Jaaffar, Datuk Ahmad A. Talib dan Dato’ Manja Ismail

Laporan siaran langsung dari PWTC oleh Norliza Mohd Zin, Saiful Nizam Ismail, Izwan Azir Salleh, Meor Malik Raiyani, Azura Zainal Ratin dan Nasharudin Tajuddin
ntv7 Malaysia Votes GE13 – 5 Mei (bermula 6.00 petang)
Pengacara: Praevitriana Yul, Sheahnee Iman Lee, Jasmine Abu Bakar, Tan Chung Han, Raymond Goh and Anita Woo

[email protected] – setiap Sabtu, jam 11.00 malam (sebelum Hari Pencalonan), setiap hari pada jam 12.00 tengah malam (selepas Hari Pencalonan sehingga tarikh Pilihan Raya)
Pengacara: Hamdan Ahmir

8TV 8TV Mandarin News “General Election-13 Special” (bermula 7.00 petang)
Pengacara: Tan Jia Yong, Liew Li Li, Chew Siew Yeong, Lee Siad Huey, Owen Yap dan Tan Ley Teng,

TV9 Malam PRU – 5 Mei (8.00 malam)
Pengacara: Zainal Ariffin Ismail, Amin Hayat Abdul Rahim, Syed Mohd Khair, Azura Abu Samah, Zuhairah Mustafa Al-Husin and Luqman

Chat PRU [email protected] – 20 April sehingga 4 Mei 10.30 malam)
Pengacara Syed Muhammad Khair Syed Hussain @ Arab dan Norazura Abu Samah

Tv3 Personalities

Ntv7 Personalities

Tv9 Personalities

8Tv Personalities

Media Prima 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dendam Lisdawati Terhadap Lelaki Dalam Telemovie Khilaf

Pemenang UT Grand Prix 2013 Uniqlo