in ,

Program On Air Musim Kedua Bakal Disiarkan

Program On Air musim pertama dikira berjaya melahirkan bakat baru dalam dunia pengacaraan.

Buktinya, boleh dikatakan kesemua peserta diserap masuk bekerja di Astro untuk mengemudi program dan menjadi hos. Kalau tak percaya, korang tengok je Astro Awani. Ramai bekas peserta On Air telah bekerja di sana antara Hilal dan ramai lagi.

Terbaru, Budiey dengar, On Air bakal kembali semula diterajui oleh sifu dunia pengacaraan negara iaitu Aznil Nawawi yang kini sibuk dengan program pencarian bakat dalam bidang pengacaraan On Air musim kedua. Menurut Pak Nil, On Air musim kedua ini berbeza kerana peserta bebas memilih genre atau bidang yang mereka lebih cenderung.

“Untuk On Air kali ini, kami nak cari pengacara untuk program agama atau sukan. Asas pengacaraan masih sama, cuma pengisian program saja berbeza.”

Ujibakat telah pun diadakan pada 6 dan 7 Julai ini bertempat di All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Penyertaan terhad kepada 150 orang peserta sahaja. Bagi yang berminat menyertai program ini, hantarkan emel anda ke [email protected] untuk maklumat lanjut.

Suhaimi Sulaiman Aznil

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adira Nafi Bertunang Dengan Shahrul Nasrun

Program Insaf Musim Kedua Lebih Menarik