in

Program Menarik Sempena Hari Raya 1430H di TV3

TV3: BEST OF VARIETY

Sampaikan Raya 2009, Menjelang Raya, 19 September, 11.30malam
Program istimewa berbentuk hiburan berinteraktif menjelang Hari Raya ini memaparkan ucapan dan pesanan Hari Raya diselangi dengan persembahan nyanyian secara langsung dar artis tempatan. Penonton boleh mendedikasikan lagu-lagu raya kegemaran mereka dan ucapan raya menerusi kad raya, mesej pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon ke studio kepada orang-orang tersayang menerusi program ini.    
Pengacara: Naz Habibur Rahman, Aidid Marcello bersama dengan Karam Singh Walia, Angeline Chong Cheen Chia.

Salam Raya 2009, Raya Pertama, 20 September, 11.00 pagi
Rakaman ini memaparkan dedikasi lagu-lagu Raya dari syarikat seperti Maxis, Celcom, Maybank dan unit beruniform seperti TUDM, Bomba, Hospital untuk membangkitkan suasana Raya kepada orang-orang tersayang.
Pengacara: Fedtri Yahya, Hasfizza Sabjahan

Melodi Raya, Raya Pertama & Raya Kelapan, 20 & 27 September, 12.30 tengahari
Rakaman Melodi Raya ’09 telah berlangsung di Sunway Lagoon Theme Park dengan mendapat kerjasama penajaan oleh pihak pengurusan Sunway Lagoon Theme Park. Barisan artis yang membuat persembahan di acara tersebut terdiri dari berbagai generasi iaitu bagi generasi masa kini, Melodi mengetengahkan penyanyi Aizat, protégé Mentor 3, One Nation Emcee, Fabulous Cat, dan kumpulan Butterfly. Manakala, generasi dewasa pula menampilkan artis-artis popular tanah air seperti Amy Mastura, Aishah, Fazley, Junainah M. Amin, Aman Shah, Ramlah Ram, Jay Jay, Dato’ Shake, kumpulan Balle Balle, Elite, Kristal dan Sweet Charity. Bagi yang meminati irama nasyid, kumpulan Hijjaz turut membuat persembahan.

Ewah-Ewah Raya– Raya Kedua, 21 September, 10.00 pagi
Program yang berkonsepkan muzikal & game show ini menampilkan gabungan 2 pengacara hebat iaitu Raja Azura dan Nabil, yang pastinya bakal mencuit hati anda. Arrtis yang membuat persembahan ialah Nora manakala yang menyertai game show ini terdiri daripada Mr. Oz, Sathia, Ifa Raziah, Louisa Chong, Amy Mastura dan Shafie Naswip. Game show ini dibahagikan kepada 3 permainan beraneka jenis; Ketupat Wasabi, Hias Kek, Cabaran Green Screen bertajuk ‘Balik Kampung’ dan Pusingan Bonus.

Bagus Sangat !  Raya Ketiga, 22 September, 10.00 pagi
Jika tahun lalu kita menyaksikan para artis ‘berperang’ untuk memenangi pelbagai cabaran yang disediakan berkonsepkan raya. Kali ini penonton akan menyaksikan 3 personalti TV3 iaitu Ally Iskandar, Aidid Marcelo dan Hasfizza dan deejay radio Hotfm, Kieran, AG dan Anne bertarung sesama sendiri untuk mengumpul duit raya terbanyak! Mereka harus menggunakan kretiviti dan kuasa ‘media’ untuk mendapat kutipan duit raya dan bertungkus lumus menyaingi antara satu sama lain. Siapakah yang paling hebat antara personality TV3 atau deejay HotFM? Sama-sama kita saksikan!

Lagenda Lebaran, Raya Kedua, 21 September 6.00 petang
Lagu-lagu nolstalgia Aidilfitri tidak lekang ditelan waktu! Untuk membangkitkan kembali lagu-lagu nostalgia yang masih segar ini, Lagenda Lebaran akan membawa penonton berhibur dengan penyanyi-penyanyi baru bersama dengan penyayi asal mendendangkan lagu-lagu evergreen Raya. Program ini dihoskan oleh Acong, Emelda Rosmila dan Datuk Jamali Shadat. Manakala artis-artis yang membuat persembahan ialah Datuk Sharifah Aini, Dato DJ Dave, Gaya Zakri, Fabulous Cats, Azlina Aziz, Elyana, Aman Shah, Tomok, Stacy dan One Nation Emcee.

Jeng Jeng Jeng, Raya Ketiga, 22 September, 6.00 petang
Program realiti ini menggabungkan artis teruna tempatan yang kacak menyakat orang ramai dengan ‘mengenakan’ mereka dengan pelbagai helah yang pastinya melucukan dan seronok! Kamera tersembunyi yang diletakkan di pelbagai sudut berjaya merakamkan aksi-aksi orang ramai dan peminat yang berjaya dikenakan mereka. Bagaimanakah cara Wan Ellyas, Gambit, Fizzow Omar, Fezrul Khan, Kamal Adli, Zizan Nin, Erry Putra, Jehan Miskin melakukan aksi-aksi nakal ini? Sama-sama kita saksikan!

Memori Idola, Raya Keempat, 23 September, 6.00 petang
Masih ingatkah zaman kegemilangan kumpulan remaja yang berjaya menjadi ikutan dan siulan zaman 90-an? TV3 membawa penonton mengimbau kenangan lalu dengan memaparkan program muzikal istimewa ikon pop remaja seperti AToZ, Elite dan Indigo dengan mengimbas perjalann seni mereka dalam saat-saat menghadapi kegembiraan, tangisan, kejayaan dan populariti. Turut dipertontonkan ialah susur likur kehidupan yang mereka jalani kini. Mereka akan kembali berkumpul ketika Hari Raya nanti untuk menghiburkan penonton dengan mendendangkan lagu-lagui popular mereka!
Pengacara: Kumpulan Senario

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Rakaman Perang Rendang Lagi TV9

Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta