in

Program Latihan Komuniti Maxis

PROGRAM LATIHAN KOMUNITI MAXIS MELENGKAPKAN WiFi YANG DISEDIAKAN KEPADA KAMPUNG CHENNAH DI JELEBU, NEGERI SEMBILAN
Peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu Malaysia komited untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan untuk merapatkan jurang digital

Majlis Kunjungan Mesra Rakyat 1 Malaysia Kampung Chennah
Peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (‘Maxis’), semalam mengukuhkan komitmennya untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk masyarakat tempatan dengan cara yang benar-benar bermakna.

Sebagai sebahagian daripada Majlis Kunjungan Mesra Rakyat 1 Malaysia Kampung Chennah di Jelebu, Negeri Sembilan, YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyampaikan sijil kepada peserta-peserta Program Maxis Bersama Komuniti di Kampung Chennah dan Kuala Klawang dan melancarkan blog yang mereka mulakan sebagai sebahagian daripada program ini.

Photo 1

Maxis Chairman, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda; (Middle) YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Minister of Information, Communications, and Culture; and Maxis management visit homes of the underprivileged in Kampung Chennah which are being refurbished by Maxis.

Beliau diiringi oleh Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda. YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim juga menyampaikan sebuah kerusi roda sebagai sumbangan daripada Maxis dan 40 sagu hati kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

Program Maxis Bersama Komuniti – sebuah program jangkauan ICT
Maxis sebelum ini telah melatih sebanyak 20 peserta dari komuniti Kg. Chennah, termasuk masyarakat Orang Asli dan 33 peserta dari Tenaga Muda Penggerak Barisan Nasional di Kuala Klawang mengenai penggunaan alat asas ICT. Program ”Train the Trainer” Maxis yang diadakan selama dua hari termasuk modul pendidikan internet, aplikasi multimedia dan e-pembelajaran mySchool melalui MyLaunchpad yang disediakan oleh perkhidmatan internet Kampung Tanpa Wayar Maxis.

Latihan ini melengkapi para peserta dengan kemahiran ICT Abad ke-21, dan menyediakan mereka dengan batu loncatan yang berguna untuk melancarkan idea-idea keusahawanan mereka sendiri. Program latihan ini juga telah membolehkan para peserta untuk membangunkan blog untuk mempamerkan maklumat ekonomi, sosial dan rekreasi mengenai Kampung Chennah dan Kuala Klawang.

Program ini merupakan satu inisiatif yang mempamerkan keupayaan Maxis dalam membantu masyarakat pendalaman merapatkan jurang digital dengan menyediakan bukan sahaja infrastruktur WiFi yang dikuasakan oleh teknologi VSAT tetapi juga latihan dalam kemahiran ringan yang diperlukan yang membantu anggota masyarakat untuk menggunakan kuasa internet dengan sepenuhnya, dan memberi manfaat kepada komuniti mereka.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, ”Komitmen kami adalah untuk meningkatkan kualiti hidup untuk semua rakyat Malaysia melalui hubungan yang sentiasa ada, pada kos yang berpatutan.

Kami ingin melihat penumpuan teknologi menjadi platform yang kritikal untuk menjana inovasi baru dan aliran pendapatan bagi ekonomi tempatan dan pada masa yang sama menembusi pasaran dunia. Inisiatif seperti program jangkauan komuniti ICT dan Kampung Tanpa Wayar yang Maxis yang lancarkan di Kampung Chennah hari ini membantu membawa semua rakyat Malaysia pada tahap yang sama, supaya kita bersama-sama boleh bergerak pantas menuju lebuhraya maklumat global, dan seterusnya kepada pertumbuhan yang mampan.”

Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda berkata, ”Sebagai peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu yang terunggul di Malaysia, kami bertuah kerana menjalankan perniagaan yang memberi kami peluang untuk menyentuh kehidupan orang ramai. Dengan memberikan akses kepada internet dan mendedahkan komuniti kepada peralatan internet, kami menyumbang ke arah mengurangkan halangan kepada pendidikan, maklumat, kesihatan, perdagangan, dan perkhidmatan lain yang sepertinya.

Melalui program jangkauan komuniti ICT kami berazam untuk merapatkan jurang digital dengan menggunakan kuasa teknologi dan pendidikan kepada masyarakat luar bandar sejajar dengan pertumbuhan arus perdana dan pembangunan Malaysia. Hasrat kami adalah untuk membawa teknologi kepada kawasan pedalaman, terutamanya kepada mereka yang tidak mampu atau yang tinggal di kawasan yang tidak boleh diakses. Kami terus melabur dalam meningkatkan kualiti hidup dengan menyediakan sambungan ke kawasan-kawasan geografi yang tidak mendapat perkhidmatan sepenuhnya. Pada tahun 2010, kami telah melabur lebih dari RM80 juta di Sabah dan Sarawak sahaja. Di Kampung Chennah dan Kuala Klawang, kami berharap program latihan ICT Maxis ditambah pula dengan inisiatif Kampung Tanpa Wayar akan memberi momentum yang diperlukan untuk merapatkan jurang digital dalam tempoh yang singkat.”

Photo 2

(Middle) Maxis Chairman, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda; (2nd from R) YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Minister of Information, Communications, and Culture; VIP guests and Orang Asli children at the launch of the Maxis Cyberkids Portal in Kampung Chennah.

Maxis dan projek Kampung Tanpa Wayar
Maxis berbangga dapat dikaitkan dengan projek Kampung Tanpa Wayar yang bermakna ini, satu inisiatif yang dikenal pasti di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang dijangka akan membantu mempercepatkan sasaran penembusan jalur lebar negara.

Dalam pameran teknologinya di Kampung Chennah, Maxis memperkenalkan nanoGSM, satu teknologi hijau terkini yang menguasakan suara selular dan jalur lebar. Faedah utama teknologi nanoGSM adalah keberkesanan kos, pelaksanaan pantas (dalam jangka masa berminggu dan bukan berbulan) dan penggunaan kuasa rendah. Keperluan kuasa rendah teknologi ini bermakna alternatif sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang mesra alam iaitu tenaga solar, sel bahan api dan turbin angin, boleh dipertimbangkan, terutamanya di kawasan yang kekurangan bekalan kuasa utama.

Sumbangan Maxis kepada program USP
Maxis mempunyai rekod prestasi yang terbukti dan ia komited kepada inisiatif yang merapatkan jurang digital. Syarikat merupakan penyumbang terbesar kepada Program USP dan ia adalah kontraktor USP yang berpengalaman. Pada tahun 2003, Maxis menyediakan 226 tapak di bawah pelancaran USP2 dan pada tahun 2007, sebanyak 310 tapak lagi untuk USP5. Maxis juga pengendali sebanyak 10 Pusat Jalur Lebar Komuniti di seluruh negara; dua di Kedah dan lapan di Sarawak. Di bawah projek Kampung Tanpa Wayar oleh SKMM baru-baru ini, Maxis telah diamanahkan untuk melancarkan kepada 54 buah kampung di Negeri Kedah dan Sarawak.

Tambahan pula, melalui projek perdana Maxis Cyberkids Camp kami, Maxis telah melibatkan sebanyak 8,500 pelajar dan guru dari sekolah-sekolah 1,500; melengkapkan mereka dengan kemahiran teknologi yang diperlukan yang akan membantu mereka untuk memenuhi permintaan dunia yang pesat berubah. Maxis ingin menunjukkan masyarakat luar bandar bagaimana internet boleh memberi kesan kehidupan mereka dengan cara yang bermakna; bagaimana teknologi boleh membuat perubahan kepada kehidupan luar bandar.

Teknologi tersebut akan memberi kuasa dan membolehkan mereka menikmati pelbagai perkhidmatan serta menghubungkan mereka kepada maklumat yang penting untuk mata pencarian seperti berita komuniti, cuaca terkini, maklumat mengenai trend pertanian, teknik pertanian moden, penentuan masa pengangkutan, tips kesihatan, data pendidikan dan perkhidmatan kehidupan yang lain. Maxis percaya teknologi juga boleh membantu mewujudkan peluang dan ruang perniagaan baru bagi mereka untuk meningkatkan kehidupan masing-masing dengan cara yang lebih bermakna.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X Surpassed The 5 Millionth Passenger

Gambar Pembaca Budiey.com di Party Kostum Tolong Awek Aku Pontianak