in

Program Khas Aidil Adha di Saluran Muzik Aktif RTM

PROGRAM-PROGRAM KHAS SEMPENA AIDIL ADHA” SALURAN MUZIK AKTIF RTM (ASTRO 180) LIMA HARI BERTURUT-TURUT

Tibanya sambutan Hari Raya Aidil Adha 2010 yang disambut pada 17 November 2010 ini, Saluran Muzik Aktif (Astro 180) turut mengambil peluang untuk menghiburkan anda sekeluarga dengan pelbagai program menarik lima hari berturut-turut mulai pada 17 hingga 21 November 2010 ini.

Bermula pada pagi Hari Raya Korban iaitu 17 November 2010 disiarkan empat program menarik iaitu Muzikal Aidil Adha (jam 10.30 pagi) sebuah rancangan hiburan yang menyiarkan lagu-lagu kerohanian yang dipersembahkan oleh artis-artis popular tanah air.

Menyusul Konsert Kurnia Aidil Adha 2007 (jam 2.00 petang) program hiburan ini menampilkan lagu-lagu berunsur kerohanian yang dinyanyikan oleh artis-artis terkenal tempatan, Evolusi Damai Ep 1 (jam 5.00 petang) hiburan muzikal membawakan anda lagu-lagu berunsur kerohanian dan ketuhanan sempena Hari Raya Aidil Adha dan Dia.. Aishah (jam 9.00 malam) rancangan yang membawakan anda kisah penglibatan Aishah dalam bidang seni tanah air sepanjang kariernya. Nikmati klip-klip video popular Aishah seperti Melukut Di Tepi Gantang dan Janji Manis.

Keesokannya pula, pada 18 November 2010 pula dibawakan program Nur (jam 10.30 pagi) iaitu program muzikal yang menyajikan lagu-lagu ketuhanan dan kemanusiaan yang dibawakan khas oleh penyanyi-penyanyi popular tahun 80-an seperti Ramli Sarip, Fauziah Nawi dan Rahimah Rahim.

Diteruskan Konsert Antara Dunia Part 1 (jam 2.00 petang) rancangan hiburan muzikal ini membawakan lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan oleh artis-artis popular tanah air seperti Raihan dan Hijjaz, Evolusi Damai Ep 2 (jam 5.00 petang) Rancangan hiburan muzikal ini membawakan anda lagu-lagu berunsur kerohanian dan ketuhanan sempena Hari Raya Aidil Adha dan Konsert Ruhani 2009 (jam 9.00 malam) Program muzikal ini membawakan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan kerohanian untuk hiburan seisi keluarga sempena Hari Raya Aidil Adha.

Pada 19 November 2010 penonton diajak mengikuti program Mencari Azal (jam 10.30) iaitu program ini menyiarkan lagu-lagu berunsur ketuhanan yang dipersembahkan oleh artis-artis tempatan khas untuk tontonan anda sekeluarga, Konsert Antara Dunia Part 2 (jam 2.00 petang) rancangan hiburan muzikal ini membawakan lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan oleh artis-artis popular tanah air seperti Raihan dan Hijjaz dan Pesona Al Amin (jam 9.00 malam) rancangan ini membawakan lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian yang dinyanyikan oleh artis-artis nasyid tempatan.

Pada 20 November 2010 disiarkan program Kembara Aidil Adha (jam 10.00 pagi) iaitu program hiburan ini menyiarkan lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian yang dinyanyikan oleh artis-artis tempatan, Sirahmu Di Aidil Adha (jam 10.30 pagi) Rancangan muzikal ini membawakan lagu-lagu ketuhanan yang dinyanyikan oleh artis-artis nasyid popular tanah air, Zoom In Khas Aidil Adha (jam 2.00 petang) rancangan khas membawakan anda dendangan lagu-lagu kerohanian dan ketuhanan yang dipersembahkan oleh barisan artis-artis nasyid tanah air seperti Rabbani, Waheeda, In Team, Akhbar dan Yasin, K. Ahmad Nawab Goes To Live (jam 5.00 petang) pula konsert yang menyajikan anda lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab yang dinyanyikan oleh artis tersohor tanah air, Syafinaz dan Jamal Abdillah. Oh Di Mana! dan Seniman Menangis merupakan antara lagu-lagu evergreen yang dibawakan secara eksklusif untuk anda dan Istimewa Bersama Raihan (jam 9.00 malam) sebuah rancangan muzikal ini membawakan lagu-lagu nasyid nyanyian Raihan sempena Aidil Adha.

Diakhiri pada 21 November 2010 pula program Konsert Gambus 2 Fusion (9.00-10.30pm) iaitu program konsert ini menampilkan Fauziah Gambus sebagai artis utama, di mana beliau membawakan lagu-lagu tradisional yang popular untuk tontonan anda sekeluarga khas di Hari Raya Aidil Adha.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mizz Nina & Nuh Hujan Umum Majlis Tunang Kahwin

Telemovie PANAS Lakonan Fizo, Effa Narisha, Sheila Mambo