in

Program Iftar Ramadhan Anjuran Abim dan Masjid Negara

PROGRAM IFTAR RAMADHAN 1430H ANJURAN ISLAMIC OUTREACH-ABIM DENGAN KERJASAMA MASJID NEGARA DAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) PADA 29 OGOS 2009

Jalan Perdana, Kuala Lumpur – Islamic Outreach ABIM dengan kerjasama Masjid Negara dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), YBhg. Encik Muhammad Razak bin Idris, Pengerusi Islamic Outreach ABIM, YBhg. Encik Azril bin Mohd. Amin dan wakil Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Ustaz Azhar bin Tuarno.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh salah seorang mualaf dan ucapan aluan oleh Presiden ABIM. Ianya diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan cenderahati berupa hamper dan duit kepada para fakir miskin, anak-anak yatim serta para mualaf. Sebelum Majlis Berbuka Puasa berlangsung, hadirin dapat mendengar Tazkirah Ramadhan oleh YBhg. Ustaz Azhar bin Tuarno dari Masjid Negara.

Majlis ini berjaya mencapai sasarannya iaitu untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara Sukarelawan Masjid Negara dengan para fakir miskin, golongan mualaf dan anak-anak yatim serta dapat terus mengimarahkan Masjid Negara sebagai Masjdi terulung dan terunggul di Malaysia.

Di harap program-program ini akan sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi untuk terus mengimarahkan Masjid sebagai institusi untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam selain melakukan amalan-amalan yang sedia menjadi kewajipan bagi umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Tema Drama Antara Garisan Akan Ku Jumpa – Azfar

Gambar Pejabat Google Yang Canggih dan Mewah