in

Program Gossip Lawak Komedi Meletop

Kalau gossip dah meletop, ditambah lagi dengan elemen lawak komedi, Budiey rasa program akan jadi bertambah MELETOP. Sesuai dengan program terbaru Astro yang dinamakan Meletop. Dan lagi meletop apabila disiarkan pula di Astro Mustika HD. Baru ada kerlas!

Sebagai menyokong perkembangan industri hiburan tanahair yang semakin berkembang, Astro terus menggadakan usaha menyediakan pelbagai program terbaik untuk disajikan kepada para penonton.

Terbaru, Astro Ria dengan berbesar hati memperkenalkan sebuah program berita dan gosip hiburan tempatan dan antarabangsa terbaru yang padat dengan elemen komedi berjudul MeleTop yang akan bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) dan Mustika HD (Saluran 134). Wow! Fantastic Baby! Ohsem kot!

Satu majlis Sidang Media MeleTop akan diadakan pada minggu depan untuk mengumumkan lebih lanjut tentang apa sebenarnya pengisian program Meletop ini.

Turut hadir sewaktu majlis sidang media kelak adalah Nabil, Neelofa, Shac, Shasha Al-Khred dan Idris Khan.

Nabil Abp

Neelofa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan Nasyid Destiny Muncul Album Kedua BERSAMA RINDU

Peraduan Muzik Video Awi Rafael Bersantai di Legoland Malaysia