in ,

Prof Muhaya Dikecam Netizen Gara-Gara Meminta Pesakit ‘Anxiety’ Henti Makan Ubat?

Rata-rata semua tahu Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad merupakan pakar mata yang yang sangat popular, dan sering berkongsi ilmu-ilmu berkaitan perubatan dan juga agama di media sosial. Kebanyakkan perkongsian ilmu yang diberi menjadi rujukan sesetengah individu yang bertanyakan tentang maklumat-maklumat berkaitan kesihatan dalam kehidupan seharian.

Namun begitu, dalam satu video yang dimuat naik beliau di Instagram berhubung masalah anxiety telah mendapat perhatian daripada warganet.

Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, Prof Dr Muhaya telah menjawab persoalan mengenai perbezaan antara takut dan anxiety. Beliau juga turut memberi contoh berkenaan pesakit yang datang ke kliniknya untuk melakukan pemeriksaan mata yang mempunyai masalah anxiety.

Melalui video tersebut, ulasan Prof Muhaya telah membuatkan beberapa pihak kurang bersetuju terutamanya mereka yang berada dalam bidang terbabit dan juga pesakit yang mengalami masalah anxiety sendiri.

Prof Muhaya Dikecam Netizen Gara-Gara Meminta Pesakit 'Anxiety' Henti Makan Ubat?

Menerusi perkongsian di Twitter, beberapa individu tampil meminta agar beliau tidak memukul rata dan menjadi pakar dalam semua bidang kerana ramai penghidap anxiety di luar sana yang bergelut dengan masalah ini.

Nak nak sekarang ini negara tengah gawat dengan mendepani masalah mental disebabkan pandemik Covid 19.

Selain daripada luahan kekesalan segelintir individu berkenaan video tersebut, komen yang diterima oleh Prof Muhaya di Instagramnya juga turut sama menzahirkan rasa tidak setuju di atas perkongsian tersebut. Walaupun tidak merendahkan kredibiliti pakar mata itu, namun mereka berpendapat agar beliau tidak usah mengulas perkara yang bukan dalam bidangnya kerana dilihat agak bercanggah dengan apa dihidapi pesakit anxiety.

Prof Muhaya Dikecam Netizen Gara-Gara Meminta Pesakit 'Anxiety' Henti Makan Ubat?
Prof Muhaya Dikecam Netizen Gara-Gara Meminta Pesakit 'Anxiety' Henti Makan Ubat?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Safiey Illias Mengaku Buat Pembedahan Kerana Hobi, Bukan Sebab Nak Cantik

Awie Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang, Gambarnya Disalahguna Untuk Promosi Produk