in , ,

PRISM+ Malaysia Lancar Penyaman Udara Luna Eco Inverter Terbaru

Inovasi Rumah Pintar: Luna Eco Tampil Dengan Teknologi Inverter, Jimat Tenaga & Waranti Paling Panjang Di Pasaran!

PRISM+ Malaysia, jenama yang makin ligat mencuri perhatian dalam dunia peralatan elektronik rumah, kembali lagi dengan sesuatu yang cukup game-changing untuk rakyat Malaysia. Kali ini, PRISM+ bukan sekadar lancarkan produk baru, tapi betul-betul nak ubah mindset kita tentang bagaimana kita guna penghawa dingin dan penapis udara di rumah.

Luna Eco – Penyaman Udara Inverter Untuk Rakyat Biasa Tapi Rasa Premium

Luna Eco ialah penyaman udara inverter pertama daripada PRISM+, yang dicipta khas untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia yang inginkan penyaman udara pintarjimat tenaga, dan paling penting – harga mampu milik dari serendah RM899 sahaja! Ada tiga kapasiti berbeza—1.0HP, 1.5HP, dan 2.0HP—jadi sesiapa pun boleh pilih ikut saiz bilik.

PRISM+ Malaysia Lancar Penyaman Udara Luna Eco Inverter Terbaru

Apa yang membezakan Luna Eco ini ialah kompresor inverter berkelajuan boleh ubah, memberikan kesejukan konsisten tanpa pembaziran elektrik. Dengan penarafan 4-bintang tenaga, Luna Eco mampu jimatkan sehingga 37% tenaga berbanding penyaman udara biasa yang bukan inverter. Bukan setakat tu, Luna Eco menggunakan gas R32 yang mesra alam, lebih efisien dan kurang impak kepada alam sekitar. Memang selari dengan trend rumah hijau masa kini.

Kalau bab harga, memang susah nak lawan. Harga pengenalan Luna Eco:

  • 1.0HP (9,500 BTU/h, 172 kaki persegi): RM899
  • 1.5HP (12,000 BTU/h, 248 kaki persegi): RM999
  • 2.0HP (18,000 BTU/h, 431 kaki persegi): RM1,499
PRISM+ Malaysia Lancar Penyaman Udara Luna Eco Inverter Terbaru

Fungsi Pintar & Canggih, Bukan Saja Sekadar Sejuk

Luna Eco bukan sekadar penyaman udara yang “sejuk je”. Ia penuh dengan feature yang buatkan hidup lebih selesa dan sihat. Antaranya:

  • 4 Arah Aliran Udara: Angin sejuk disebar rata ke seluruh ruang, jadi tak ada spot “panas-hangat” lagi dalam bilik.
  • Sistem Penapis Udara Pelbagai Lapisan: Ada penapis Active Carbon, Anion, Vitamin C, dan Catechin – bukan setakat sekat habuk dan bakteria, tapi juga bau busuk dan bahan pencemar udara. Udara dalam bilik jadi lebih bersih dan sihat, sesuai untuk yang ada anak kecil atau masalah sinus.
  • Fungsi Anti-Kulat: Malaysia kan lembap, fungsi ni memang penting! Lepas guna, Luna Eco akan keringkan baki kelembapan dalam unit supaya kulat tak sempat nak “bersarang”. Kesihatan hidung pun terjaga.
  • Integrasi App PRISM+ Connect: Nak kawal penyaman udara dari telefon? Boleh je! Set masa, tetapkan suhu, automasi ikut lokasi, semua boleh dengan satu app.

“Dengan ekosistem PRISM+ Connect, pengguna boleh automasikan penyejukan rumah, aktifkan mengikut lokasi atau masa, dan kawal dari mana-mana sahaja,” jelas pihak PRISM+.

  • Gas R32 Mesra Alam: Zero penipisan ozon, kurang penggunaan gas untuk setiap kilowatt, jadi lebih efisien dan kurang jejak karbon.
PRISM+ Malaysia Lancar Penyaman Udara Luna Eco Inverter Terbaru

Servis Pemasangan & Waranti – Tak Perlu Risau Pasal After-Sales

PRISM+ memang serius bab jaminan lepas jualan. Pemasangan boleh diuruskan oleh pasukan terlatih mereka dengan caj tambahan RM349, supaya pengguna tak pening kepala. Lagi best, waranti penuh sehingga 7 tahun—antara paling lama di pasaran sekarang. Ini termasuk:

  • 3 tahun waranti untuk Fan Coil Unit, termasuk upah & pengangkutan
  • 7 tahun waranti untuk kompresor
  • Jika servis setiap suku tahun dengan PRISM+, waranti penuh 7 tahun boleh diaktifkan!

Maknanya, kalau ikut saranan servis, memang boleh guna lama tanpa risau unit rosak tiba-tiba. Apa-apa hal, servis after-sales PRISM+ memang standby untuk bantu.

Nexa Series – Penapis Udara Pintar Dengan Harga Berpatutan

Bukan setakat penyaman udara, PRISM+ juga memperkenalkan Nexa Series Air Purifier – ada dua model, Nexa dan Nexa Pro. Untuk yang selalu berperang dengan habuk, alahan, atau haze setiap tahun, inilah penyelamat rumah anda. Kedua-dua model ni ada sistem penapisan pelbagai peringkat, siap dengan UV sterilisation untuk bunuh kuman & bakteria.

  • Nexa: Liputan 323 kaki persegi, sesuai untuk bilik tidur & ruang kerja, harga pra-pesanan RM279.
  • Nexa Pro: Liputan 474 kaki persegi, ideal untuk ruang tamu atau bilik utama, harga pra-pesanan RM429.

Dua-dua ada Real-Time Air Quality Sensor yang boleh “baca” tahap pencemaran udara dan automatik laras kelajuan kipas ikut keperluan. Segala data boleh dipantau & dikawal melalui PRISM+ Connect app – dari jauh, walau tengah travel. Ada juga ciri Child Lock dan Sleep Mode untuk keselamatan dan tidur yang lena.

Penapis udara Nexa ini juga didatangkan dengan waranti setahun—boleh guna dengan yakin.

PRISM+ Malaysia Lancar Penyaman Udara Luna Eco Inverter Terbaru

Ucapan Dari Pihak PRISM+

Eric Kam, Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, berkongsi, “Di PRISM+, kami percaya gaya hidup pintar seharusnya praktikal, boleh diharap dan mampu milik. Luna Eco membawa penyejukan bijak dan jimat tenaga ke lebih banyak rumah Malaysia dengan harga yang benar-benar berbaloi. Dengan Nexa Air Purifier, kami juga mahu bantu rakyat Malaysia bernafas lebih lega—terutama musim jerebu. Dua produk ini bukti komitmen kami untuk membina rumah lebih sihat dan pintar tanpa kompromi nilai.”

Produk Luna Eco mula dijual 24 Julai jam 8 malam, eksklusif di Shopee & laman web PRISM+. Penapis udara Nexa boleh ditempah awal pada masa yang sama di prismplus.my.

Apa Kata Budiey?

Terus-terang, pelancaran PRISM+ kali ini memang “angkat standard” untuk peralatan rumah rakyat Malaysia. Harga mampu milik dengan ciri premium dan waranti paling panjang—inilah kombinasi yang sepatutnya dah lama ada kat pasaran. Luna Eco jelas bagi “saingan” kepada jenama gergasi, tapi dengan sentuhan lokal dan customer service yang nampak lebih mesra. Nexa pula membuktikan bahawa udara bersih bukan lagi untuk golongan elit saja—sekarang semua orang boleh upgrade kualiti hidup dalam rumah tanpa koyak poket.

Kalau tanya Budiey, PRISM+ berpotensi jadi “the next big thing” dalam dunia home appliance Malaysia. Tapi, harap jangan terhenti setakat produk canggih je. Jaga servis selepas jualan, konsisten keluarkan inovasi baru, dan terus dengar suara pengguna. Itu baru game changer sebenar!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Kukuhkan Sekuriti Digital Malaysia Melalui Kerjasama Priority Flagger