in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem LOGAN

Hello semua pembaca dan Budieyators! Budiey nak beritahu gembira di mana Budiey telah dijemput ke Taiwan untuk menemubual pelakon utama filem LOGAN iaitu Hugh Jackman dan Patrick Stewart. Dah lama tiada peluang keemasan seperti ini. Jadi, jangan lupa untuk menonton temubual Budiey bersama pelakon terhebat ini di saluran Youtube Budiey.com ya.

Filem LOGAN adalah filem sekuel ke-3 kisah dari filem LOGAN ini diadaptasi dari buku komik bersiri Marvel Comics berjudul Old Man Logan. Garis masa filem ini adalah 10 tahun setelah peristiwa dalam filem X-MEN: DAYS OF FUTURE PAST atau 50 tahun setelah berlakunya X-MEN: APOCALYPSE atau secara tepatnya ia berlaku pada tahun 2033 di mana dalam filem LOGAN ini, watak Logan sudah berusia.

Sempena dengan tayangan filem ini juga Budiey ingin memberi hadiah buat semua pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini di mana Budiey akan menganjurkan Premiere With Budiey menonton filem LOGAN. Pasti korang pun rasa teruja untuk menontin filem ini dan menulis pendapat korang di Facebook dan Instagram.

Jadi, jika korang ingin menghadiri Tayangan Premiere LOGAN anjuran Budiey.com bersama beberapa orang selebriti, artis dan influencers terkenal yang dijemput khas, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Jom kita tonton trailer ini dan jangan lupa untuk kongsikan di laman sosial korang:

[dropcap]S[/dropcap]ebanyak 250 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem hebat ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem arahan James Mangold yang padat dengan aksi menarik ini digarap dengan hebat kerana lakonan hebat Hugh Jackman, Patrick Stewart, Dafne Keen dan ramai lagi ini akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 2 Mac 2017.

Pastinya ramai yang menantikan pertempuran hebat dengan aksi dari pelakon ini kan?

Filem Logan

Sinopsis Filem LOGAN

Dalam filem ini, Logan sudah berjanji tidak akan menggunakan kekuatan cakarannya untuk tujuan pertempuran. Lagi pun, kemampuan untuk sembuh sudah mulai lemah dari masa ke semasa. Namun, janjinya itu terpaksa dilupakan setelah sebuah organisasi jahat mencuba untuk mempergunakan mutan sebagai senjata berbahaya di masa depan. Jadi, untuk menghalang kejahatan itu, Logan terpaksa menggunakan kembali kekuatannya sebagai Wolverine.

Peraduan Tayangan Premiere Filem LOGAN

[dropcap]S[/dropcap]ensasi Selebriti ingin menghadiahkan 250 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

1 Mac 2017 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

GSC 1Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere LOGAN – Budiey.com di GSC 1Utama pada 1 Mac 2017 (Hari Rabu). Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  Anda perlu menjadi followers Budiey di media sosial.

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/foxmovies.my & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #LoganMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook dan di Instagram. Tapi sebaik-baiknya di Instagram & Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem LOGAN yang akan ditemubual oleh Budiey di Taiwan.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere LOGAN – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Tayangan Premiere LOGAN – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

1 Mac 2017

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 2 Mac 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/foxmovies.my dan langgan / subscribe Youtube Channel Fox Malaysia : www.youtube.com/FoxMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Pay Dilancarkan di Malaysia

Bila Selebriti Popular Buat Lip Sync Kelakar dalam Perang Bibir