in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem JUSTICE LEAGUE

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!  

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere JUSTICE LEAGUE – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 15 November 2017 di GSC Mid Valley.

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem paling ditunggu-tunggu yang berjudul JUSTICE LEAGUE. Sebuah filem superheroes yang penuh aksi yang cukup mendebarkan.

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem JUSTICE LEAGUE yang mempunyai jalan cerita yang sungguh menarik ini.

Seolah-olah tak mahu kalah dengan pesaingnya, Marvel Comics telah menghimpunkan superheroes DC Comics dalam satu grup bernama Juctice League dan kini diangkat ke layar perak. Lima watak superhero tersebut terdiri daripada Batman, Wonder Woman, Flash, Aquaman dan Cyborg bergabung melawan Stepperwolf yang mengetuai pasukan Parademons. Yang penting, setelah superhero DC, Wonder Woman yang telah tampil dalam sebuah filem baru-baru ini, kini kita dapat menyaksikan sekali lagi Wonder Woman beraksi dalam filem JUSTICE LEAGUE.

Filem JUSTICE LEAGUE diarahkan oleh Zack Snyder yang sebelum ini mengarah filem Man of Steel, Batman vs Superman, Suicide Squad dan Wonder Woman sehingga menjadikannya sebuah filem yang cukup sukses. Pastinya, gabungan sutradara Zack Snyder akan meletop apabila bergabung pula dengan penulis skrip iaitu Chris Terrio dan Joss Whedon.

Dalam filem ini kita dapat menonton aksi yang cukup berkuasa dari lakonan pelakon hebat seperti Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Jason Momoa, Ezra Miller, Ray Fisher, Ciaran Hinds, Amy Adams, Willem Dafoe, Jesse Eisenberg, Jeremy Irons, Diane Lane, Connie Nielsen, and J.K. Simmons.

Kejadian dalam filem JUSTICE LEAGUE adalah lanjutan dari Batman v Superman: Dawn of Justice. Jika korang menonton filem ini pastinya tahu ada pertarungan hebat antara Batman dan Superman di mana Superman hampir menemui ajal. Ketika itu, pertarungan antara Superman dan Jenderal Zod, Batman melihat Superman sebagai satu ancaman bagi manusia. Batman yang sudah 20 tahun menjadi hero membanteras kejahatan telah berusaha menghentikan Superman. Selain itu, Clark Kent berusaha membongkar identiti sebenar Batman melalui Daily Planet. Kemunculan Diana Prince sebagai agen barang antik juga dapat ditonton.

Kemudian mereka ini bersatu untuk melawan Lex Luther yang telah berusaha mengendalikan Zod dalam bentuk raksasa. Namun dalam pertarungan itu, Superman mati. Batman menyesal dan salah buat penilaian lalu membentuk satu pasukan yang terdiri lima orang superheroes untuk melindungi bumi. Jadi, inilah yang akan kita saksikan dalam filem JUSTICE LEAGUE.

Setelah kematian Superman, bumi menjadi musnah akibat diserang oleh makhluk asing. Lois Lane mendapat cincin peninggalan Clark dan Martha. Cincin itu adalah cincin pertunangan, Clark berniat untuk melamarnya.

Filem JUSTICE LEAGUE akan ditayangkan di pawagam mulai 16 November 2017, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

Filem Justice League

Sinopsis Filem JUSTICE LEAGUE :

From Warner Bros. Pictures comes the first-ever big screen epic action adventure “Justice League,” directed by Zack Snyder and starring as the famed lineup of DC Super Heroes: Ben Affleck as Batman, Henry Cavill as Superman, Gal Gadot as Wonder Woman, Raymond Fisher as Cyborg, Jason Momoa as Aquaman, and Ezra Miller as The Flash.

Fueled by his restored faith in humanity and inspired by Superman’s selfless act, Bruce Wayne enlists the help of his newfound ally, Diana Prince, to face an even greater enemy. Together, Batman and Wonder Woman work quickly to find and recruit a team of metahumans to stand against this newly awakened threat. But despite the formation of this unprecedented league of heroes—Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg and The Flash—it may already be too late to save the planet from an assault of catastrophic proportions.

The “Justice League” screenplay is by Chris Terrio and Joss Whedon, story by Chris Terrio & Zack Snyder, based on characters from DC, Superman created by Jerry Siegel and Joe Shuster. The film’s producers are Charles Roven, Deborah Snyder, Jon Berg and Geoff Johns, with executive producers Jim Rowe, Wesley Coller, Curtis Kanemoto, Chris Terrio and Ben Affleck.

The behind-the-scenes team includes director of photography Fabian Wagner (“Game of Thrones”), as well as Snyder’s frequent collaborators: production designer Patrick Tatopoulos; editor David Brenner; costume designer Michael Wilkinson; visual effects supervisor John “DJ” DesJardins; and composer Tom Holkenborg.

Warner Bros. Pictures presents an Atlas Entertainment/Cruel and Unusual Production, a Zack Snyder Film, “Justice League.” The film is set for release in 3D and 2D in select theaters and IMAX on November 16, 2017. It will be distributed worldwide by Warner Bros. Pictures, a Warner Bros. Entertainment Company.

justiceleaguethemovie.net

Filem Justice League

Peraduan Tayangan Premiere Filem JUSTICE LEAGUE

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 120 tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

15 November 2017 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Sebanyak 120 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere JUSTICE LEAGUE – Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #JustiveLeagueMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #JustiveLeagueMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan 5 pelakon yang membawa watak utama superheroes dalam filem ini.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem JUSTICE LEAGUE  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Premiere JUSTICE LEAGUE – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

14 November 2017 (Hari Selasa)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 16 November 2017 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HP Malaysia Offering Exclusive Discounts for Lazada’s Online Revolution Sale

SEPARUH MATI KU BERCINTA Lagu Terbaik Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 Minggu Kedua