in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem UNSANE

Sempena dengan tayangan filem psiko-thriller berjudul UNSANE yang akan berada di pawagam mulai 22 Mac 2018, Budiey ingin menghadiahkan semua pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini tiket-tiket untuk anda menghadiri Premiere With Budiey menonton filem lakonan Claire Foy.

Filem Unsane

Pasti korang pun rasa teruja untuk menonton aksi mengujakan dalam filem ini dan menulis pendapat jujur korang di Facebook dan Instagram.

Jadi, jika korang ingin menghadiri Tayangan Premiere UNSANE anjuran Budiey.com bersama beberapa orang selebriti, artis dan influencers terkenal yang dijemput khas, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Jom kita tonton trailer ini dan jangan lupa untuk kongsikan di laman sosial korang:

[dropcap]S[/dropcap]ebanyak 100 tempat duduk disediakan untuk anda semua. Mesti meriahkan menonton filem hebat ni ramai-ramai, kan? Haa, barulah happening.

Filem thriller ini diarahkan oleh pengarah terkenal Steven Soderbergh yang terkenal dengan melakukan macam-macam eksperimen dalam filem-filemnya belakangan ini dan naskah tampil lengkap apabila ditulis oleh Jonathan Bernstein dan James Greer. Pemain utama dibintangi Claire Foy, Joshua Leonard, Jay Pharoah.

Unsane mengisahkan kehidupan Sawyer Valentini (Foy), seorang business woman yang  berbakat besar namun mengalami banyak masalah psikologi dan tekanan perasaan. Daripada pindah rumah dan memulai kehidupan baru, Sawyer tak habis-habis berada dalam trauma. Ia merasakan depresi akibat pernah diintip oleh seseorang yang bertindak obsesif kepadanya. Setelah sebuah sesi terapi, ia memutuskan menjadi sukarelawan dalam sebuah hospital sakit jiwa. Apa yang jadi adalah sebaliknya di mana dia jadi semakin gila sebab tak boleh berhubung dengan dunia luar.

Filem ini bakal beraksi di pawagam mulai 22 Mac 2018.

Pastinya ramai yang menantikan kesudahan kisah ini, kan?

Filem Unsane

Sinopsis Filem UNSANE

Director:
Steven Soderbergh
 
Writer:
Jonathan Bernstein, James Greer
 
Stars:
Claire Foy, Juno Temple, Aimee Mullins
 
Genre: Mystery, Thriller
 
A young woman is involuntarily committed to a mental institution where she is confronted by her greatest fear but is it real or is it a product of her delusion?

Peraduan Tayangan Premiere Filem UNSANE

[dropcap]S[/dropcap]ensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

20 Mac 2018 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere UNSANE – Budiey.com di GSC 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #UnsaneMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  Anda perlu menjadi followers Budiey di media sosial.

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/foxmovies.my & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #UnsaneMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook dan di Instagram. Tapi sebaik-baiknya di Instagram & Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem UNSANE

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere UNSANE – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Tayangan Premiere UNSANE – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

19 Mac 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 22 Mac 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/foxmovies.my dan langgan / subscribe Youtube Channel Fox Malaysia : www.youtube.com/FoxMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Cerita Dongeng, 1 Nafas Baru dalam SUATUKALA

Yasmin Hani | 17

Yang Menarik Tentang Program Bual Bicara HELO DOKTOR