in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem 12 STRONG

Hai semua pembaca setia…. Selamat tahun baru 2018 buat semua pembaca dan selebriti tanahair. Semoga tahun baru 2018 ini memberikan kita semua sinar kebahagian dan keseronokan buat kita semua. Ya, buat korang semua kaki wayang, sebenarnya banyak sekali filem terhebat akan dipertontonkan kepada korang semua sepanjang tahun 2018 ini.

Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem aksi yang sangat dramatik yang bercorakkan sejarah berjudul 12 STRONG lakonan dari pelakon terkenal Hollywood iaitu Chris Hemsworth, Michael Shannon dan Elsa Pataky.

12 Strong

Budiey nak mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

[dropcap]K[/dropcap]alau nak tahu, filem arahan Nicolai Fuglsig ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 18 Januari 2018. Manakala skrip filem ini pula ditulis oleh Ted Tally, dan Peter Craig. Filem ini adalah sebuah filem Hollywood yang bergenre Action, Drama, dan History tahun 2018 ini dan ianya telah menjalani pengambaran di Albuquerque, New Mexico, dan Amerika Syarikat.

Filem ini akan dinaungi oleh penerbit filem bernama Jerry Bruckheimer, Thad Luckinbill, Trent Luckinbill, dan Molly Smith.

Ada pun pelakon yang membintangi filem ini seperti Chris Hemsworth sebagai Kapten Mitch Nelson, Navid Negahban sebagai Jenderal Abdul Rashid Dostum, Fahim Fazli sebagai Commander Khaled, Austin Stowell sebagai Sersan Fred Falls, Ben O’Toole sebagai Scott Black, William Fichtner sebagai kolonel Mulholland, Rob Riggle sebagai kolonel Max Bowers, Austin Hébert sebagai SFC Pat Essex, Peter Malek sebagai Habib, Alison King sebagai Marcha Spencer, dan Lauren Myers sebagai Lisa Diller.

[pullquote align=”right”]Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan babak aksi mengujakan ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?[/pullquote]

Dalam filem 12 STRONG ini menceritakan kepada kita latar belakang hari-hari setelah terjadinya peristiwa cemas 9/11 yang bergolak dan memporak-porandakan Amerika di tahun 2001 yang lepas. Beberapa saat setelah peristiwa tersebut terjadi, pihak militer dari Amerika dengan segera membentuk sebuah pasukan elit khusus untuk dikirim ke Afganistan dan melawan Taliban serta Al Qaeda. Apakah yang berlaku?

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 18 Januari 2018, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer 12 STRONG yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem bergenre drama aksi yang punya elemen sejarah ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Filem 12 STRONG

Sinopsis Filem 12 STRONG

Filem 12 Strong menceritakan tentang satu Pasukan Khusus pertama yang dikirim dari Amerika Syarikat ke Afghanistan setelah peristiwa 9/11; Di bawah kepemimpinan seorang kapten baru, pasukan ini harus bekerja sama dengan panglima perang Afghanistan untuk menjatuhkan Taliban.

Selain berdepan dengan ketidak percayaan dan perpecahan budaya yang luas, orang Amerika – yang terbiasa dengan perang – mereke juga harus berdepan dengan taktik kotor tentara berkuda Afghanistan.

Peraduan Tayangan Premiere Filem 12 STRONG

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
17 Januari 2018 (Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere 12 STRONG – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #12 STRONGMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #12 STRONGMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.


Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama dalam filem 12 STRONG

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere 12 STRONG – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere Filem 12 STRONG

Tarikh tutup peraduan:

16 Januari 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 18 Januari 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Premiere With Budiey Filem 12 STRONG

Premiere With Budiey Filem 12 STRONG

Premiere With Budiey Filem 12 STRONG

Premiere With Budiey Filem 12 STRONG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Pencalonan GOLDEN GLOBE® AWARDS Ke-75

Video tular BABY SHARK Kini dalam versi Bahasa Malaysia – Bayi Yu