in , ,

Powerbeats Pro Kini Ditawarkan Dalam Empat Warna Baharu Yang Menawan

Fon telinga nirwayar untuk pengguna aktif Beats Powerbeats Pro telah dikemaskini pagi ini dengan penawaran empat warna baharu yang lebih ceria.

Powerbeats Pro kini ditawarkan dalam warna Cloud Pink, Spring Yellow, Glacier Blue, dan Lava Red. Dengan ini pengguna mempunyai pilihan lapan warna berbeza untuk Powerbeats Pro di pasaran. Perubahan hanya dilakukan pada warna yang ditawarkan. Powerbeats Pro masih lagi mempunyai ketahanan bateri sehingga 9 jam dan 24 jam dengan penggunaan pod pengecas. 

Powerbeats Pro

Pod pengecas ini menyokong pengecasan nirwayar dan berwayar menggunakan kabel Lightning. Cangkuk pada fon telinga ini memastikan ia kekal kemas pada telinga ketika aktiviti lasak dan melepasi piawaian kalis peluh.

Tambatan kepada peranti Apple adalah mudah kerana penggunaan cip H1 sama seperti AirPods. Terdapat butang kawalan fizikal pada bahagian sisi dan juga mejeda/memainkan semula muzik apabila ia ditanggalkan dari telinga.

Powerbeats Pro masih lagi ditawarkan pada harga RM999 sepasang.

Sumber: Portal Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dah Minta Tak Payah Post Gambar, Chong Wei Mengaku Tak Suka Menunjuk

JOOX Siar MAYDAY 2020 LIVE IN THE SKY di Malaysia