in , ,

Poster Lagu Siti Nordiana & Ifa Raziah Hampir Sama, Suratan Atau Kebetulan?

Kelihatan jelas Poster Lagu Siti Nordiana & Ifa Raziah menggunakan konsep bunga Mawar. Apa yang membezakan pada poster itu adalah posisi bunga Mawar pada kedua-dua penyanyi popular itu.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, penyanyi Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa sebagai Nana telah mengumumkan single terbaharunya bakal diperdengarkan secara rasmi pada Jumaat ini (17 Julai 2020).

Ajak Peminat Tukar Gambar Profil

Single tersebut yang berjudul Angkara merupakan ciptaan komposer Ahmad Fedtri Yahya dan Sharon Paul

Poster Lagu Siti Nordiana & Ifa Raziah Hampir Sama, Suratan Atau Kebetulan?

Merancakkan lagi promosi lagu tersebut, Nana telah mengajak peminatnya untuk sama-sama menukar gambar profil Instagram mereka dengan gambar poster Angkara.

Poster Sama Seperti Ifa Raziah 

Namun begitu, terdapat pula dakwaan daripada segelintir peminat yang beranggapan poster lagu Nana itu meniru rekaan dan konsep poster lagu penyanyi Ifa Raziah yang berjudul Terus Terang.

Poster Lagu Siti Nordiana & Ifa Raziah Hampir Sama, Suratan Atau Kebetulan?

Juga menggunakan konsep bunga Mawar, bezanya pada poster itu adalah posisi bunga Mawar pada kedua-dua penyanyi popular itu. 

Biarpun begitu, ada diantara mereka menganggap ianya adalah kebetulan semata-mata. Sebagai rekod, single Terus Terang telah dilancarkan sekitar tahun 2016 yang juga merupakan duet bersama Lawa Nie Geng.

Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elly Mazlein Tak Mahu Terlalu Berharap Dapat Anak

Tiada Penaja, Noraniza Idris Tangguh Konsert Malai Solo