in

Poster Filem James Bond SPECTRE Dilancarkan

Jika semalam, kita dengar berita tentang penyanyi Sam Smith telah merakam sebuah lagu tema untuk filem SPECTRE, hari ini, Budiey mahu bawakan kepada anda semua poster terbaru yang pertama kali dilancarkan untuk tatapan umum. Pastinya, setelah menonton beberapa video vlog di internet, kita rasa sangat teruja menantikan filem lakonan hebat dari Daniel Craig, Christoph Waltz dan Ralph Fiennes ini.

Budiey rasa mahu mengadakan Premiere With Budiey nak ajak anda semua menjadi penonton pertama menonton filem ini.

SPECTRE

Jadi, apa pendapat anda semua dengan poster SPECTRE pertama ini?

Sikit trivia tentang James Bond. Watak James Bond atau sinonim digelar penyiasat 007 seperti yang diketahui merupakan watak fiksyen ciptaan Ian Fleming, seorang wartawan London Sunday Times. James digambarkan sebagai seorang perisik British yang berkhidmat untuk pusat perisikan Britain (MI6) dan figura James Bond digambarkan sebagai simbolik tipikaliti lelaki macho.

Sinopsis:
A cryptic message from Bond’s past sends him on a trail to uncover a sinister organization. While M battles political forces to keep the secret service alive, Bond peels back the layers of deceit to reveal the terrible truth behind SPECTRE.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran JAPANESE FILM FESTIVAL 2015

Sinopsis Telemovie CAHAYA CINTA Lakonan Qi Razali