in ,

POS Malaysia Perkenal Kod Pengesahan 6 Digit, Tidak Perlu Beri Nombor IC Waktu Terima Bungkusan

Pos Malaysia mengatakan kod pengesahan 6 digit akan dihantar kepada penerima barangan melalui SMS, dan penerima perlu membacanya kepada penghantar Pos Laju berkaitan.

Biasanya, penerima sebarang bungkusan dari Pos Laju perlu memberitahu nama dan nombor kad pengenalan kepada posmen apabila bungkusan tersebut tiba di rumah mereka. Mulai hari ini, penerima tidak perlu lagi berbuat demikian kerana Pos Malaysia telah memperkenalkan sistem pengesahan baru yang berasaskan kod enam digit.

POS Malaysia Perkenal Kod Pengesahan 6 Digit, Tidak Perlu Beri Nombor IC Waktu Terima Bungkusan

Sebelum bungkusan dihantar, penerima bungkusan akan menerima mesej SMS yang mengandungi kod enam digit unik. Sebaik sahaja bungkusan sampai, penerima hanya perlu menyatakan enam digit tersebut untuk pengesahan identiti.

Kaedah ini bertujuan mengurangkan interaksi di antara posmen dan penerima bungkusan bagi mengekalkan penjarakan sosial. Di samping itu, penerima juga akan terlindung daripada sebarang penjenayah yang berpura-pura menjadi posmen untuk mendapatkan maklumat identiti penerima.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anonymous Malaysia Dakwa Beberapa Laman Web Kerajaan Sudah Digodam

Achey Sumbang 10,000 Cecair Pembasmi Kuman Kepada Sekolah & Pusat Tadika