in ,

Salah Diet, Shaheizy Sam Pernah Masuk Hospital

Gara-Gara Salah Mengamalkan Cara Pemakanan Diet Yang Sihat, Shaheizy Sam Pernah Masuk Hospital.

Pada hari Jumaat lalu telah berlangsung Pelancaran Filem POLIS EVO 2 di Gasket Alley, Petaling Jaya. Ramai pelakon utama yang hadir termasuklah Zizan Razak dan Shaheizy Sam yang menjadi tunggak filem ini. Kali ini misi mereka lebih berani.

Teaser Trailer Filem Polis EVO 2 Dilancarkan

Tak caya korang kena tengok dulu teaser trailer ni. Jangan lupa kasi pendapat.

Jaga-jaga boh..FILEM YANG DINANTIKAN telah tiba!

Menurut laporan yang dibaca dari Mstar Online, pelakon Shaheizy Sam pernah dimasukkan ke hospital akibat mengamalkan diet yang salah sehingga menyebabkan badannya kurang air.

Sam, 36, berkata kejadian itu berlaku ketika dia berada di pusat kecergasan sehari sebelum menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 yang berbakikan beberapa hari.

Kaki Kebas & Wajah Pucat, Badan Shaheizy Sam Kurang Air

Menurut Sam, dia sempat menghubungi kru produksi dan pelakon Zizan Razak yang turut berlakon bersama untuk datang menbawanya ke hospital selepas kedua-dua kakinya kebas manakala wajahnya bertukar pucat.

“Saya ada amalkan diet selama dua bulan dan saya tersalah susun atur penjagaan makanan dan minuman sehinggakan badan jadi kurang air. Makan tak menentu dan ada masa saya bertahan tanpa minum air beberapa hari.

“Sehari sebelum saya kembali ke set untuk menghabiskan baki penggambaran filem Polis Evo 2, saya pergi ke gimnasium untuk berlari sebab dapat rasa badan tak bersedia lagi untuk penggambaran.

“Tapi tak sangka nak jadikan kebetulan, tempat tu tak ada ruang udara untuk keluar. Kaki saya jadi kebas dan sukar bernafas. Saya hubungi terus kru produksi dan Zizan.

“Mereka datang dan tengok muka saya macam mayat sebab dah pucat teruk. Terus mereka segera bawa ke hospital, – Sam

Filem POLIS EVO 2

Kata Sam lagi, sebaik sahaja tiba di hospital seluruh badannya menjadi kebas sehingga dia tidak dapat bergerak.

Biarpun sepatutnya pelakon filem Pinjamkan Hatiku ini perlu berehat lama di hospital namun disebabkan terlalu komitmen terhadap kerja, dia meminta kebenaran doktor untuk dilepaskan pada keesokkan harinya.

“Sampai sahaja di hospital, seluruh badan saya jadi kebas dan saya tak boleh bergerak. Doktor pun masukkan air dalam badan dan dia suruh saya berehat lama.

“Tapi memikirkan saya ada lagi penggambaran yang perlu dijalankan keesokan harinya, saya minta juga kebenaran doktor untuk keluar dari hospital secepat mungkin.

“Kalau ikutkan, penggambaran bermula pukul 6 pagi tapi pihak produksi membenarkan saya berehat selama 12 jam dan masuk semua set pukul 12 malam,” Shaheizy Sam

Sam menjalani penggambaran filem aksi itu selama tiga bulan dan tamat pada Januari lalu dan filem itu akan ditayangkan pada 22 November depan.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Zamani Dedah Impian Saleem Mahu Sertai Gegar Vaganza

Timberland’s 45th Anniversary at Mid Valley