in

Plan Postpaid U Mobile Terbaru Memang Gempak

Post kali ini bukan tentang dunia selebriti atau berkaitan dengan dunia hiburan, tapi Budiey ingin ceritakan tentang pengalaman Budiey menggunakan pakej postpaid terbaru dari U Mobile yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Sangat excited sebab itu dah tak sabar nak perkenalkan juga untuk pembaca yang tercari-cari plan data mana yang termurah dan berbaloi di pasaran sekarang.

Segalanya bermula selepas Budiey dapati line prabayar Budiey kena ‘bar’ gara-gara lama sangat tak top up. Lupa + malas nak pergi top up. Maklum sahajalah, jarang sangat nak guna second phone tu. Kalau guna pun, Budiey guna untuk anjurkan program Movie Day Out bersama pembaca. Jadi, bila lama sangat tak buat Movie Day Out bersama pembaca, tengok-tengok line telefon bimbit kedua dah tak boleh guna. Aduss!

Nak tak nak Budiey kena cari postpaid jugak, barulah senang dan tak leceh sangat nak guna. Sampai bil hujung bulan terus bayar guna online pun boleh. Tak perlu nak susah-susah buang masa untuk top up pra bayar.

Kebetulan beberapa hari sebelum tu, U Mobile ada melancarkan plan terbaru postpaid iaitu U28, U58 dan U88. Okay, sangat menarik bunyi sebab bilangan nombor yang tertera adalah jumlah minima bil yang kita akan bayar setiap bulan.

Nah, dah dapat Sim Card Umobile. Harap line Umobile tak bermasalah

Semasa ke pusat jualan U Mobile yang terletak di Berjaya Times Square, Budiey ditawarkan juga oleh seorang promoter untuk mengambil pakej bersama dengan telefon pintar HTC Desire S. Ya, Budiey sebelum ini memang tak pernah lagi guna android dan mengambil keputusan untuk menggunakan telefon android buat kali pertama. Nak cuba juga best ke tak pakai android ni.

Jadi, Budiey tanpa berfikir panjang dengan rela hatinya telah melanggan pakej data postpaid U28 di mana ia sebenarnya memberi kita percuma 1GB penggunaan data internet. Ya, lebih kurang RM1 untuk satu hari. Untung la kan?

Rasanya, data plan U28 antara yang termurah la kot setakat ni. Jadi, apa yang penting kat sini, kita diberi kebebasan untuk memilih pakej mana dan data plan yang mana mengikut gaya hidup dan keperluan kita.

umobile_phone_plans1

Sudah tentu, sebagai penulis blog sepenuh masa, Budiey sangat-sangat memerlukan hubungan talian internet setiap masa. Kalau boleh 24-7 memang nak kena ada talian internet. Jadi nak tak nak kena jugak ambil pakej ni.

Tambahan pula smartphone sekarang dah dijual dengan harga yang murah dengan pakej data. Kalau tengok betul-betul pakej yang U Mobile tawarkan memang tak percaya pun ada sebab sangat berbaloi-baloi. Nak tahu berbaloi ke tak, kena cuba pakai dalam seminggu. Okay ke tidak.

Plan pospaid ini bukan sahaja sesuai untuk eksekutif muda malah ia juga sesuai kepada mana-mana para graduasi yang baru nak cari kerja. Memang data plan dan voice plan ni sangat mampu untuk digunakan. Bukan sahaja menawarkan pakej yang hebat, malah U Mobile juga menawarkan juga panggilan dan SMS secara PERCUMA!

Sekali baca memang susah nak percaya sebab manalah ada zaman sekarang nak kasi percuma macam tu je kan? Tapi kalau tak percaya sangat anda boleh berkunjung ke pusat U-Mobile berdekatan.

Seperti yang Budiey guna sekarang ni iaitu pakej U28 di mana Budiey hanya bayar RM28 sebulan termasuklah kita boleh guna mobile internet sehingga 1GB dan 300 SMS percuma kepada semua operators. Plan yang kedua pula, U58 di mana kita hanya bayar RM58 sebulan termasuklah penggunaan mobile internet sehingga 2GB dan diberikan juga 300 minit perbualan percuma. Manakala pakej U88 pula direka untuk pengguna yang betul-betul sibuk 24 jam dengan telefon bimbit sebab selain dapat guna 3GB data, kita juga diberikan 300 minit perbualan percuma serta 300 SMS percuma!

Jyeah, me & my new toy HTC Desire S.

Jika korang yang seorang pengguna aplikasi untuk berhubung seperti Whatsapp, Viber, Talkbox dan juga tweetdeck seperti Budiey, rasanya pakaj U28 dah kira berbaloi sangat dah. Perfect sangat! Juga ia sebenarnya lebih baik dari kita guna panggilan suara, SMS dan MMS. Sebab itu Budiey pilih smartphone HTC Desire S dengan menggunakan pakej U28.

Antara ciri-ciri yang Budiey paling suka ialah HTC Desire S senang untuk guna. Walaupun sehari cuba guna, Budiey dah tak kekok lagi untuk petik sana, petik sini. Apa susah-susah, manual kan ada.

Senang untuk dibawa ke mana-mana events yang Budiey hadiri, smartphones ni memang laju jugak dengan pakej U28. Biasanya jika kat event Budiey selalu upload gambar di Facebook dan Twitter. Jadi, masa pertama kali cuba upload gambar kat twitter memang sangat cepat dan laju. Tak sampai seminit gambar dah pun berjaya diupload.

Untuk update blog secara live blogging di mana-mana acara dan anugerah, Budiey suka guna data pakej ni dengan menggunakan ciri istimewa iaitu mobile Wi-Fi Hotspot yang mana kita boleh menjadikan mobile ni seperti modem wi-fi bergerak. Jadi, senang dan mudah untuk update blog sebab wi-fi bergerak ni memang selalu je ON. Kawan-kawan lain yang nak guna pun boleh, kasi je password wi-fi tu kepada diorang.

Hari pertama guna, memang kekok sikit la sebab sebelum ni tak pernah pegang pun telefon pintar HTC Desire S ni. Jadi, nak kena baca manual dan godek-godek sikit supaya jemari kita lebih selesa. Apatah lagi bila telefon ni menggunakan touch screen yang memang berbeza sangat dengan iPhone.

Untuk pengetahuan semua, U Mobile sekarang ini menawarkan 3 buah smartphone iaitu Samsung Galaxy SII, HTC Wildfire dan HTC Desire S untuk pengguna yang mahu mengambil pakej postpaid yang terbaru ini. Untuk memudahkan lagi, U Mobile menawarkan kepada pengguna seperti fresh graduate, U Mobile bekerjasama dengan 5 buah bank terkenal kat Malaysia iaitu Maybank, RHB, AMBBank, HSBC UOB untuk buat skim bayaran mudah selama 12 bulan tanpa faedah (0%).

Budiey akui apabila pertama kali tengok pada senarai pakej postpaid yang ditawarkan ini, Budiey agak skeptikal dan mengambil keputusan untuk hanya mengambil U28. Sekadar mahu cuba-cuba, tapi apabila dah cuba. Budiey rasa memang sangat berbaloi. Tambahan pula kepada anda yang tinggal di Lembah Klang memang tak de masalah sangat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej ini, sila layari: www.u.com.my

umobile_postpaid_plan

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Bawa Media Melawat Korea

Kempen SimplySiti Di Hati Bantu Dua Pesakit Jantung