in

Destinasi Pemandangan Menarik di Pulau Phuket Yang Wajib Dilawati

Pastinya, setiap dari kita ada impian untuk pergi melancong di luar negara. Sebelum kita jalan-jalan cari makan di luar negara tu, ada baiknya kita melancong dulu di dalam negera sendiri betul tak? Tapi, orang kata, kalau melancong di luar negara ni barulah ada ‘feel’ nak jalan-jalan sebab tempat tu jauh dan pemandangan pun sangat amazing dan unik, berbeza dengan negara sendiri.

Sekejapnya masa berlalu hari ni dah masuk bulan Mei. Tahun 2017, Budiey makin aktif dengan program travelogue. Seronok betul jalan sana sini. Tapi apabila buat travelogue ni, kenalah selalu travel dan pilih destinasi percutian yang menarik dengan pemandangan yang cantik-cantik. Tahun ini, Budiey sempat ke beberapa buah negara. Antaranya, India, Australia dan terbaru, Budiey ada buat travelgue di Pulau Phuket, Thailand.

Trip Budiey Phuket 2017

Setiap kali travel, pastinya Budiey tak lepas untuk ambil gambar. Itulah perkara yang wajib untuk travel blogger. Semasa di Pulau Phuket hari tu, Budiey ada bawa bersama telefon pintar yang baru dilancarkan pada Januari 2017 iaitu Samsung Galaxy A Series (2017).

Trip Budiey Phuket 2017

Blogger zaman sekarang tak seperti mana blogger 10 tahun lepas. Dulu-dulu, blogger kena bimbit laptop ke hulu ke hilir untuk kemaskini entri terbaru. Sekarang tidak lagi ya, bila telefon pintar mula dicipta. Segalanya mudah dan ada boleh dicapai di hujung jari je. Tapi korang yang nak ambil gambar yang ada kualiti kenalah pandai memilih telefon bimbit yang berkualiti. Budiey percaya ramai yang bersetuju kalau Budiey katakan Samsung Galaxy A Series (2017) adalah antara gajet yang sesuai untuk digunakan semasa melancong.

Semasa Budiey di Phuket, lokasi penginapan sudah tentu kenalah berhampiran dengan Pantai Patong supaya senang nak pergi bersantai dan jalan-jalan di tepi pantai yang cukup menenangkan. Pasirnya sangat halus dan keadaan sekeliling juga sangat meriah. Tidak sahlah kalau tak bergambar di tepi pantai Patong yang menjadi tumpuan pelancong ni kan?

Cakap pasal Pulau Phuket ni, memang banyak spot ataupun tempat yang best untuk kita hangout serta makan angin. Tak dinafikan Phuket menjadi destinasi kegemaran ramai orang Malaysia sebab pemandangan yang super duper cantik. Korang dapat lihat beberapa gambar yang Budiey ambil dengan menggunakan telefon pintar ni. Keduanya, sudah tentu Phuket menjadi perhentian bagi sesiapa yang nak berehat dan bersantai terutama Phuket adalah pantai yang cantik di dunia!

Trip Budiey Phuket 2017

Kamar yang cukup selesa di Banthai Beach Resort & Spa.

Contoh yang paling relevan untuk masa sekarang, kita dah ada Samsung Galaxy A Series (2017) yang sangat mudah dibawa ke mana sahaja. Tak keterlaluan jika Budiey katakan, ia seperti membawa sebuah komputer di dalam poket. Semua ada! Semua lengkap! Perfect!

Anda namakan je, semua kerja boleh dibuat dengan telefon pintar ni. Terima kasih kepada teknologi terbaik dari Samsung yang kini pesat membangun dengan telefon bimbit pintar yang sesuai digunakan untuk semua orang.

Rasanya, jika korang semua sentiasa mengikuti live updates Budiey di platform laman social Budiey.com, korang dah sedia maklum yang Budiey adalah pengguna tegar Samsung GALAXY. Terus terang Budiey katakan, ia cukup mudah untuk mengendalikannya.

Sebagai contoh, biasanya Budiey mengunakan telefon bimbit ini juga ketika ingin menemubual selebriti. Takde masalah pun. Mutu bunyi dan visual masih lagi ohsem!

Perkara paling penting yang menjadi keutamaan Budiey semasa memilih telefon bimbit adalah mutu gambar yang dihasilkan dari kamera. Ternyata, Budiey sangat kagum dengan kualiti yang dihasilkan dari Samsung Galaxy A Series (2017).

Mutu gambar dari Samsung Galaxy A Series (2017) tak perlu dipertikaikan lagi. Terutama semasa mengambil gambar pemandangan di waktu malam ketika mana tak banyak cahaya. Memang superb! Ramai yang tak percaya, kini Budiey jarang membawa kamera DSLR ke event kerana dengan hanya menggunakan Samsung Galaxy A Series (2017) sudah cukup. Mutu gambar dah cukup terang, dengan warna yang sungguh cerah, tak perlu lagi Budiey nak edit sebab gambar yang diambil dah cukup perfect!

Okaylah, cakap pasal kamera ni, Budiey nak kasi info ringkas tenetang kamera yang ada pada Samsung Galaxy A Series (2017). Ia mampu mengambil gambar yang cukup baik berbanding dengan telefon dari kelas pertengahan yang lain. Dalam sitiuasi pencahayaan yang baik, gambar yang diambil adalah tajam dan mempunyai penghasilan semula warna yang baik.

Budiey rasa, telefon ini sesuai kepada korang yang suka sangat berselfie. Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/1.9 yang juga sebesar 16-Megapixel f/1.9. Kamera utama mengambil gambar pada nisbah 4:3 pada tetapan tertinggi 16-Megapixel. Untuk mengambil gambar pada nisbah 16:9, resolusi diturunkan ke 12-Megapixel.

Trip Budiey Phuket 2017

Mengambil selfie juga mudah dengan melakukan aksi tangan sahaja. Aplikasi mengesan kewujudan telapak tangan dan kemudian melakukan kiraan ke belakang selama 5 saat sebelum gambar diambil. Mod Beutify yang mencantikkan wajah serta selfie sudut lebar turut disertakan pada kamera hadapan.

Ya, Samsung Galaxy A Series (2017) nampak lebih kompak dan bergaya! Sebab itulah Budiey pilih warna emas. Barulah nampak ada stail!

Antara sebab Budiey pilih  Samsung Galaxy A Series (2017) adalah kerana rekaannya lebih kurang macam Samsung Galaxy S7 tapi kita boleh beli dengan harga yang lebih rendah lah kan. Panel belakang diperbuat daripada kaca dengan sisi dwi-lengkung. Kaca hadapan 2.5D digunakan bagi memastikan keselesaan pergerakan jari dari skrin ke sisi.

Antara lokasi menarik yang Budiey sempat singgah di Pulau Phuket ialah:

Trip Budiey Phuket 2017

1. Karon View Point

Sebenarnya terdapat banyak sekali viewpoint di Phuket ini, jumlahnya banyak sangat sampai tak dapat bilang. Tapi dari semua viewpoint yang paling cantik tu, Budiey cadangkan korang semua pergilah singgah di Karon Viewpoint untuk mengambil gambar yang sangat cantik. Letaknya ada di perjalanan antara Karon Beach menuju Promthep Cape. Dari Karon Viewpoint ini kita boleh melihat Karon Beach dan Kata Beach dari jauh. Pemandangan akan semakin cantik ketika matahari sudah mulai turun, pemandangannya semakin eksotik!

Trip Budiey Phuket 2017

Trip Budiey Phuket 2017

2. Wat Chalong

Wat Chalong merupakan kuil paling bersejarah di Phuket. Bukan kerana faktor sejarahnya saja, bangunannya yang megah pun menjadi daya tarik bagi pelancong yang berkunjung ke Phuket. Budiey sempat mengelilingi kuil ini sambil mengambil gambar dari sudut yang cantik kerana kuil ini luas terbagi ke dalam beberapa bangunan. Walaupun ini menjadi tempat pelancong kita pun harus tetap respect dengan kaum Buddha yang sedang beribadah, kerana ini adalah tempat ibadah mereka.

Budiey Di Pulau Phuket

3. Pantai Patong

Patong Beach merupakan pantai yang paling terkenal di kalangan pelancong. Bahkan Budiey boleh katakan antara pantai yang wajib korang kunjungi sepanjang berada di Phuket. Pantai ini hampir sama dengan Pantai Kuta di Bali, pantainya panjang dan terdapat banyak cafe-cafe dan restoran. Pantai inilah yang paling padat dengan pengunjung, tetapi pantai ini pun tetap bersih dan juga mempunyai sunset yang bagus.

Trip Budiey Phuket 2017

Jangan pula singgah di beberapa kedai menjual baju T yang sangat murah untuk dibawa pulang sebagai cenderamata kepada kawan dan keluarga.

Rasanya sekian dulu coretan Budiey tentang trip singkat Budiey di Phuket baru-baru ini. Yang mahu ke Phuket, kena ingat satu je, korang kena ambil gambar banyak-banyak kerana ia akan menjadi satu memori terindah dalam hidup suatu hari nanti.

Trip Budiey Phuket 2017

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KL TOWER INTERNATIONAL TOWERTHON CHALLENGE 2017

Telemovie Bukan Cinta Biasa Lakonan Aedy Ashraf