in ,

Photos EXO di MTV World Stage Live In Malaysia 2013

Persembahan kumpulan k-pop yang sedang meningkat popularitinya di Malaysia, EXO sememangnya Budiey tunggu. Beberapa minggu sebelum ini, Budiey ada layan juga beberapa lagu dan video klip EXO.

Ternyata grup terkenal dari Korea Selatan ini memang ada keunikan tersendiri. Semalam, selepas persembahan dari Joe Flizzow, kemunculan EXO telah membuatkan peminatnya jadi bertambah histeria dan Budiey lihat ada yang menangis sebak apabila EXO menari, melayangkan flying kiss, buat muka comel & cute mereka dan diorang ni nampak tak letih ke menjerit sampai hilang suara.

EXO Perform lagu Wolf, History, 365 & Growl

Budiey difahamkan, fanatik kumpulan EXO telah beratur sejak malam Jumaat semata-mata untuk bertemu artis yang disayangi dan tidak kecewa kerana band dua belas anggota itu meluangkan masa menghiburkan dengan empat buah lagu sambil berceloteh dengan peminat. EXO berterima kasih dan menyatakan cinta mereka untuk Malaysia. Yeah!

Selain lagu paling hits mereka berjudul Wolf, EXO juga mempamerkan persembahan menarik semasa lagu History, 365 dan Growl. Peminat nampak happy namun ada yang tak puas hati kerana masa terlalu singkat.

Dalam rekod sejarah di MTV World Stage Live di Malaysia 2013, ini adalah prestasi pertama EXO di Malaysia sebagai satu kumpulan yang besar di MTV. Syabas EXO. Rasanya dah tiba masa EXO datang buat konsert kat Malaysia, betul tak?

Jom kita tengok gambar-gambar kenangan dan momen menarik semasa EXO buat show di MTV World Stage Live In Malaysia 2013

MTV World Stage 2013
MTV World Stage 2013
MTV World Stage 2013
MTV World Stage 2013
MTV World Stage 2013
MTV World Stage 2013
MTV World Stage 2013
MTV World Stage 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Meletop di MTV World Stage Live In Malaysia 2013

Adi Putra Tak Rasa Malu Dilanda Isu Skandal